PR belanja wajar demi rakyat

Admin
KETUA Menteri menyempurnakan gimik pecah tanah Gelanggang Sukan Rakyat Penaga di sini baru-baru ini.
KETUA Menteri menyempurnakan
gimik pecah tanah
Gelanggang Sukan
Rakyat Penaga di
sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PENAGASebuah gelanggang 3 dalam 1 – futsal, takraw dan bola jaring – yang bakal dibina di Kampung Guar Tuan Syed, di sini menjadi satu lagi rekod Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang prihatin dengan masyarakat luar bandar di negeri berkenaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, sejumlah RM150 ribu diperuntukan untuk membina “Gelanggang Sukan Rakyat” di atas tanah milik Kerajaan Negeri.

“Majlis Pecah Tanah Gelanggang Sukan Rakyat ini jelas memperlihatkan keprihatinan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang yang berjiwa rakyat dan sangat mengambil berat mengenai kehendak dan keperluan masyarakat terutama di luar bandar,” ujar beliau baru-baru ini semasa majlis perasmian di sini.

Beliau berkata, sebanyak 10 pemaju telah memasukan tender projek tersebut dan MBN Teguh Enterprise dipilih melalui tender terbuka kerana pemaju berkenaan mengemukakan sebut harga paling kompetitif.

Pembinaan projek berkenaan, menurut beliau, sekaligus menolak dakwaan pembangkang Pulau Pinang kononnya Kerajaan Negeri boleh memperoleh lebihan bajet (surplus) kerana tidak menggunakan perbelanjaan mengurus dan pembangunan secara wajar.

Menurut beliau, perbelanjaan negeri era PR meningkat 54.45 peratus menjadi RM2.142 bilion dalam tahun 2008 hingga 2011 berbanding empat tahun sebelumnya (2004 – 2007) di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), iaitu berjumlah RM1.387 bilion sahaja.

“Projek (Gelanggang Sukan Rakyat) ini salah satu bukti kita berbelanja (bajet pembangunan) lebih banyak daripada kerajaan BN (Pulau Pinang).

“Keupayaan Kerajaan Negeri membina gelanggang ini adalah hasil urus tadbir kerajaan secara bersih dan tidak mengamalkan rasuah seperti mereka (BN),” ujar beliau.

Mewakili penduduk setempat, Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Penaga, Rosidi Husain semasa berucap melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri.

“Gelanggang seumpama ini adalah kali pertama didirikan di sini sungguhpun berpenggal-penggal wakil rakyat UMNO mewakili KADUN ini.

“Dengan adanya gelanggang ini hasil sokongan Kerajaan Negeri khususnya Y.A.B Ketua Menteri (Guan Eng), saya berharap dapat mendekatkan golongan muda-mudi di sini dengan gaya hidup yang lebih sihat,” ujarnya

Pegawai Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Jusni Ismail turut hadir pada majlis perasmian itu.