Prinsip keikhlasan dan integriti terus dipegang

DR. Mohamad Abdul Hamid.

PADA 16 Ogos lalu, beliau mengangkat sumpah sebagaiTimbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang. DATO’ DR. MOHAMAD ABDUL HAMID kemudiannya ditaklifkanmemegang portfolio Exco Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat.

Baru-baru ini, wartawan Buletin Mutiara, ZAINULFAQAR YAACOB dan jurugambar, MOHAMAD AMIR IRSYAD OMAR berpeluang menemu ramah Dr. Mohamad di pejabatnya.

Memulakan bicarawara, Dr. Mohamad, 49, berkata bahawabeliau pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) lepasbertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) N.37 Batu Maung dan menang dengan majoriti 3,221 undi.

Namun, beliau memberitahu bahawa sama sekali tidakmenjangkakan akan ditaklifkan sebagai Timbalan KetuaMenteri I di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow.

Dengan pengalaman selama dua setengah tahun menjadiRektor Kolej Islam eknologi Antarabangsa (KITAB) PulauPinang, mungkin saya akan dicadangkan sebagai Exco yang akan menjaga portfolio berkaitan agama seperti Dato’ Abdul Malik Abul Kassim sebelum ini, tetapi saya tidak menyangkaakan ditaklifkan sebagai Timbalan Ketua Menteri I.

“Dalam tempoh kira-kira sebulan (selepas pelantikan ini), apayang saya buat adalah mengadakan temu bincang dengansemua pihak yang berkaitan tiga portfolio Exco yang ditaklifkan ke atas saya.

Sesi temu bincang ini bersama-sama tokoh tertentu sama adadari NGO (pertubuhan bukan kerajaan) atau agensi-agensiberkaitan dalam sektor kerajaan dan swasta,” jelasnya sambilberkata dalam tempoh 100 hari ini adalah penting untukmembuat perencanaan awal berkaitan tiga portfolio Exco agar selari dengan citarasa rakyat teramai di negeri Pulau Pinang.

Lihat hala tuju institusi berkaitan Islam

Bercerita lanjut, Dr. Mohamad memberitahu bahawa sesitemu bincang yang dimaksudkan adalah untuk melihatkembali hala tuju beberapa institusi yang bernaung di bawahMajlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Institusi yang dimaksudkan, menurut beliau termasuk Zakat Pulau Pinang, Wakaf Pulau Pinang, KITAB dan Yayasan Islam Negeri Pulau Pinang.

Tidak ketinggalan, katanya, adalah melihat perjalanan tigajabatan kerajaan iaitu Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.

“Yang terpenting adalah MAINPP…jadi di bawah enakmenMAINPP yang bertanggungjawab adalah jawatan Yang Dipertua (YDP) yang sekarang ini atas perkenan Tuan Yang Dipertuan Agong serta cadangan daripada Majlis MesyuaratKerajaan (MMK), Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dilantik sehingga tamat tempoh pelantikan pada tahun 2025.

Setelah saya dilantik sebagai Exco Agama Islam, Dato’ Ir. Zakiyuddin sendiri berhasrat melepaskan jawatan (YDP MAINPP) dan beliau telah menulis surat kepada Yang Dipertuan Agong bahawa peletakan jawatannya berkuatkuasapada 31 Ogos 2023… perlu menunggu perkenan Yang Dipertuan Agong untuk menerima peletakan jawatan beliau.

“Kerajaan Negeri telah membuat keputusan dalam mesyuaratMMK bahawa YDP MAINPP yang baharu adalah Exco Agama Islam.

Apabila secara rasminya menjadi YDP MAINPP nanti, barusaya akan berkongsi inti mensyuarat serta hala tuju Majlis serta agensi-agensi di bawah MAINPP,” jelasnya lagi dalamnada sederhana.

Tambah Dr. Mohamad, walaupun memegang portfolio Exco Agama Islam, seorang YDP MAINPP akan mempengerusikanMesyuarat Majlis yang mana Kerajaan Negeri hanyamencadangkan pelantikan sekalian Ahli Majlis berkenaan, sementara mesti diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong.

Insya-Allah sekiranya diperkenankan nanti, maka sudah pastisaya akan melihat dari sudut ekosistem pentadbiran MAINPP sendiri yang melibatkan agensi-agensi di bawahnya,” ulasnyalanjut.

Buletin Mutiara difahamkan bahawa Dr. Mohamad sebelumterjun dalam arena politik kepartian, merupakan ahliakademik selama hampir 23 tahun.

Jawatan akademik terakhir yang pernah dijawatnya menjelangPRN15 lepas adalah Rektor KITAB iaitu kira-kira hampir tigasetengah tahun di institusi milik penuh Kerajaan Negeri PulauPinang.

Sebelum itu, beliau merupakan Timbalan Naib CanselorAkdemik dan Perantarabangsaan di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) dekat negeri Kedah serta pernah menjadi ahliakademik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Saya membuat keputusan untuk keluar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2015, kira-kiralapan tahun lalu, yang mana sebelum itu latar belakang sayadi UKM adalah memegang jawatan pentadbiran tertinggi jua(seperti) Pengarah Pusat Perkembangan di bawah UKM Holdings (Berhad) dan selaku Pengerusi Pengajian10 Management’.

Saya mengambil opsyen pencen semasa usia 40 tahun untukterlibat dalam membangunkan sebuah institusi pengajianIslam yang dinamakan sebagai Universiti Islam Malaysia (iaitu) untuk mengaktifkan semula sebuah Kolej Islam Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1940-an dan dihentikanoperasinya pada tahun 1969 ekoran memberi laluan kepadapenubuhan UKM.

“Jadi, semasa itu, sayakeluardari UKM dan duduk bersama-sama mantan Menteri Agama, Tan Sri Dato’ Sri Dr.Yusof bin Haji Md. Noor bagi menghidupkan semula Kolej Islam Malaya.

Selepas itu, selama tiga tahun di sana (UniSHAMS), dalamtempoh setahun saya terlibat dalam proses menaik tarafinstitusi pendidikan itu sampai bejaya menjadi sebuahuniversiti iaitu UniSHAMS,” jelasnya.

Dengan serba sedikit pengalaman pentadbiran semasa menjadiahli akademik di beberapa institusi pengajian tinggi, Dr.Mohamad berkata bahawa ia menjadi bekalan yang pentingsebagai ahli politik dalam memegang jawatan pentadbirankini.

Seperti selalu saya katakan, semasa memegang jawatanpentadbiran dalam dunia akademik pun, saya memangberurusan dengan ‘orang politik’, cuma sekarang ini sayasebagai orang politik masih memegang jawatan pentadbiranjuga dan berurusan dengan orang politik serta pelbagai pihakyang ada kepentingan dengan tiga portfolio Exco yang diamanahkan kepada saya,” ujarnya sambil berharap dapatberperanan dalam mengukuhkan sokongan rakyat terhadapKerajaan Perpaduan Pulau Pinang yang ditubuhkan oleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Sinergi institusi zakat, wakaf

Tumpuan selepas ini, kata Dr. Mohamad adalah untukmeningkatkan lagi sinergi yang melibatkan institusi-institusidi bawah MAINPP terutama Zakat Pulau Pinang dan WakafPulau Pinang

Tumpuan saya dalam MAINPP antaranya adalah bagimewujudkan lagi hubungan sinergi bersama industri wakafnegeri dan institusi kewangan Islam dalam sektor hartanahwakaf.

Sudah tentu ada kekangan, dari sudut kewangan dan sudutperundangan, yang mana saya akan melihat perkara ini secaramendasar bagi membangunkan pontensi umat Islam sertainstitusi-institusi berkaitan umat Islam ini,” ujarnya.

Pendidikan berpaksikan Visi Penang2030, STEM

Selain portfolio Agama Islam, Dr. Mohamad menyatakanbahawa pihaknya juga akan melihat dasar-dasar berkaitanpendidikan dan pendidikan tinggi yang ditaklifkan kepadabeliau.

“Kita akan melihat semula hala tuju pendidikan sekolah-sekolah agama, KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain), tahfiz, dan serta Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang swastabagaimana hala tuju semua institusi pendidikan ini tidak laridaripada Visi Penang2030 serta STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) supaya tidak ketinggalan dariarus pembangunan semasa.

Tumpuan pada Pengajian Tinggi, kita telah ada KITAB, Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang, badan pemikir Al-Hady Center dekat KITAB, saya lihat semua institusipengajian tinggi ini mesti selari dengan Visi Penang2030,” ulasnya sambil menyatakan bahawa pihaknya akan salingbekerjasama dengan barisan Exco berkenaan bagi memajukanportfolio tersebut.

Selain itu, Dr. Mohamad memberitahu bahawa portfolio Perpaduan Masyarakat merupakan yang paling pentingbaginya demi memastikan perjalanan Kerajaan Negeri dan kemajmukan rakyat berbilang kaum seiringan.

Beliau berkata, isumaklumat palsu’ yang disebarkan oleh pihak tertentu sehingga menjejaskan perpaduan rakyat terhadap tadbir urus Kerajaan Negeri hari ini akan menjadisalah satu tumpuan di bawah portfolio Perpaduab Masyarakat.

“Itu, yang saya guna istilah ‘disinformationiaitu maklumatyang tidak tepat dan dimanipulasi oleh pihak tertentu, yang akhirnya sampai kepada pihak rakyat terutama golonganMelayu yang perlu saya tangani supaya maklumat ini sampaikepada semua.

“Maka, saya perlukan bantuan semua jentera kerajaan iaitu(sektor) perkhidmatan awam (supaya) mereka mendokongetika perkhidmatan awam (iaitu) kerajaan semasamemerintah.

“(Semua pihak perlu kembali) memahami Rukun Negara… seperti Kesetiaan Kepada Raja dan Negara,” jelasnya sambilmengharap perkara ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Tambah beliau, rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November tahun lepas telah membuatkeputusan bahawa tiada mana-mana parti politik mempunyaimajoriti mudah 112 Ahli Parlimen dan Yang Dipertuan Agongtelah menitahkan penubuhan sebuah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan PH, BN dan beberapa parti gabungan lain dariSabah dan Sarawak, maka semua perlu menghormatiperubahan landskap politik baharu negara pada hari ini.

“Jadi, saya tidak menyeru dalam konteks politik kepartiankepada penjawat awam, sebaliknya saya menyeru kepadamereka untuk mendokong etika perkhidmatan awam.

“Ini kerana, jentera dalam sektor perkhidmatan awam inilahyang penting untuk memainkan peranan dalam memberikefahaman kepada rakyat (yang mana sekali gus) menanganidisinformation’ yang saya sebutkan tadi,” ujarnya lanjutsambil menyatakan bahawa kecanggihan media sosial ketikaini wajar dimanfaatkan untuk menangani isu maklumat palsuyang disebarkan oleh pihak tertentu.

Harapan

Mengakhiri bicarawara, Dr. Mohamad berkata bahawaprinsipnya iaitu keikhlasan dan integriti yang dipegang sejakberada dalam dunia akademik sehingga kini tidak pernahberubah.

Perkara paling berat dalam hidup saya adalah meninggalkandunia akademik sebagai karier hidup (di UKM), tetapi denganprinsip penuh keikhlasan dan integriti saya buat pada waktuitu untuk membangunkan Kolej Islam Malaya menjadi sebuahUniversiti (Islam Malaysia) semasa itu, inilah jalan yang membawa saya ke (percaturan hidup) pada hari ini (sebagaiTimbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang).

“Jadi, dalam tempoh 100 hari ini (sejak 16 Ogos 2023), sayakira boleh membuat kesimpulan selama kira-kira 35 hari awalini adalah sesi temu bincang saya dengan tokoh-tokoh NGO(pertubuhan bukan kerajaan), agensi kerajaan dan swastadalam memperkasakan ketiga-tiga portfolio saya, yang akhirnya bertujuan mewujudkan perpaduan masyarakat(sekali gus) mewujudkan kestabilan kerajaan sertakemakmuran ekonomi negara serta negeri,” ujarnyamengakhiri sesi wawancara berkenaan.