Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA – Pulau Pinang sekali lagi diiktiraf pada kedudukan ketiga sebagai destinasi pilihan terbaik dunia untuk para pesara, lapor Indeks Persaraan Global dipetik dari portal antarabangsa “http://www. huffingtonpost.com/internationallivingcom/ best-places-to retire_b_4536719.html” \t “_blank” huffingtonpost.com.
Sebelum ini, Pulau Pinang pada tahun 2012 pernah diiktiraf sebagai bandar yang paling sesuai untuk didiami di negara ini serta ke-lapan daripada 40 negara paling sesuai didiami di Asia.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Pulau Pinang hanya berada sedikit di belakang Panama dan Ecuador dekat Amerika Latin.
“Di antara tempat-tempat itu, Malaysia berada (pada kedudukan) nombor tiga dunia, iaitu Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
“Saya rasa Pulau Pinang memang negeri yang Hijau, Bersih, Sihat dan Selamat sehingga dikenali sekali lagi sebagai salah satu bandar raya yang menjadi pilihan untuk para pesara (dari) seluruh dunia,” ujarnya di Kompleks Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dekat Bandar Perda di sini baru-baru ini.
Beliau berkata demikian sempena istiadat Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Ahli Majlis MPSP Sesi Tahun 2014 yang diadakan serentak dengan pelancaran Coffee Table Book bertajuk Seberang Perai Discovering The Hidden Pearl of Penang.
Portal “http://www.huffingtonpost.com/ internationallivingcom/best-places-toretire_ b_4536719.html” antara lain menyebut, Pulau Pinang diiktiraf kerana mempunyai produk pelancongan menarik seperti stesen kereta kabel Bukit Bendera beriklim sejuk, bukit-bukau dan pulau-pulau indah serta kawasan bersejarah tinggalan kolonial British.
Portal antarabangsa itu turut melaporkan, kediaman indah menghadap laut di beberapa tempat boleh disewa dengan harga AS$1,700 sebulan, ada yang serendah AS$1,000 sebulan.
Tambah laporan itu, infrastruktur di sini adalah kelas pertama dengan akses internet yang baik dan sebagainya.
Selain itu, terdapat satu program yang membolehkan warga asing untuk tinggal di Malaysia dengan pas lawatan sosial selama 10 tahun, sekaligus Malaysia boleh dianggap sebagai ‘rumah kedua’.
Itu, tidak termasuk ruang untuk memiliki kediaman di negara ini yang dipelihara kepentingannya untuk rakyat setempat.Atas maksud itu, Guan Eng meminta MPSP memberi fokus pada pembangunan aspek pelancongan di Seberang Perai dengan menjadikan George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO sebagai penanda aras demi mereputasi lagi imej Pulau Pinang di peringkat dunia.
Beliau berkata, The Emerging Pearl of Penang yang tertulis pada Coffee Table Book itu mencerminkan kesungguhan MPSP di bawah Yang di-Pertuanya, Maimunah Mohd. Sharif untuk menyahut cabaran ini.