Program ramah mesra Parlimen Jelutong hayati semangat ❤️PENANG

SUNGAI PINANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang Lim Siew Khim mahu masyarakat khususnya institusi keluarga menghayati semangat ❤️PENANG dalam mengeratkan hubungan kasih sayang.

 

 

Jelasnya melalui kasih sayang yang dipupuk bermula dalam keluarga, ia mampu melahirkan struktur masyarakat yang lebih harmoni.

 

“Inilah antara tujuan kita adalakan program ramah mesra hari ini untuk melibatkan ibu dan anak-anak agar perasaan kasih sayang tersebut lebih subur melalui program yang diaturkan.

 

 

“Yang tua perlu dihormati dan yang muda perlu dikasihi, kepada anak-anak, saya harap gunakan peluang waktu di sekolah untuk belajar bersungguh-sungguh, apabila berjaya anda mampu menabur bakti kepada masyarakat,” ujar Siew Khim pada Program Ramah Mesra Bersama Komuniti Dengan Ahli Parlimen Jelutong di Sekolah Jenis Kebangsaan Beng Teik (Cawangan) Jelutong, semalam.

 

 

 

Hadir sama, Ahli Parlimen Jelutong; R.S.N. Rayer; Pengerusi Pertubuhan Wanita Mutiara merangkap isteri kepada Ketua Menteri, Tan Lean Kee; Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat dan para penaja.

 

Lean Kee dalam pada itu percaya sekiranya anak-anak yang dididik dengan betul peluang untuk menjauhi gejala sosial adalah lebih baik.

 

 

“Kaum ibu adalah tunjang kepada rumah tangga, dengan sesi bersama fasilitator hari ini diharap pengurusan keluarga akan lebih efisien di samping mengamalkan hidup sihat dan bahagia,” ujar Lean Kee lagi.

 

Antara pengisian lain yang menarik pada program tersebut termasuklah sumbangan 15 unit computer riba oleh pihak swasta kepada golongan B40 Parlimen Jelutong, sesi membuat pastri, mengecat patung dan sumbangan sayur-sayuran hasil pertanian bandar.

 

 

 

Teks & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI