Program saringan massa dalam komuniti mulai 5 Julai – Jagdeep

Admin

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang bakal memulakan program saringan massa dalam komuniti secara bersasar membabitkan 40 Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) di negeri ini.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar & Desa, Jagdeep Singh Deo berkata bahawa program yang dikenali sebagai Penang Saring COVID-19 (PSC-19) itu akan dilaksanakan melalui dua fasa.

Poster bagi program ujian saringan besar-besaran yang bakan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Fasa pertama akan bermula 5 Julai hingga 18 Julai ini yang akan melibatkan 11 KADUN dengan memfokuskan 19 kawasan ‘hotspot’, dan selepas itu fasa kedua pula akan bermula.

“PSC-19 dijadualkan bermula pada 5 Julai ini di Stadium Bandaraya Pulau Pinang yang melibatkan empat KADUN untuk permulaan.

“Justeru, bagi mereka yang tersenarai dalam kumpulan sasaran adalah dinasihati supaya mendaftarkan diri bagi menjalani ujian ini,” katanya pada sidang media dekat Komtar pagi tadi.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Abdul Razak Jaafar.

Difahamkan, pendaftaran boleh dilakukan melalui Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing dan hanya terhad kepada 1,000 orang bagi setiap KADUN.

Untuk meklumat lanjut sila hubungi talian 04-650 5379 / 5683 / 5658.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR