GEORGE TOWN – Pembayaran bagi tahun ketiga sumbangan RM100 bagi menghargai jasa golongan warga emas melalui Program Warga Emas Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang bakal bermula pada 18 Mei hingga 7 Jun ini.
Pengumuman tersebut dibuat Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh pada Upacara Mengangkat Sumpah Terima Jawatan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang di sini semalam.
Katanya, terdapat peningkatan pada jumlah pendaftaran warga emas yang mana melebihi 100,000 orang kini.
“Selepas selesai bayaran Program Warga Emas, pembayaran untuk Program Anak Emas (RM200) dan khairat kematian untuk waris-waris berjumlah RM1,000 bakal dibuat pada pertengahan Jun nanti,” katanya ketika ditemui Buletin Mutiara sejurus selepas majlis berkenaan di sini semalam.