Projek rumah mampu milik digiat demi rakyat

Admin

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : LAW SUUN TING

NIBONG TEBALSebagai tambahan kepada 58 unit sedia ada, sebanyak 40 unit rumah mampu milik (kos rendah) teres satu tingkat bakal dibina di Indera Timbalan Kampung Kepala Gajah, di sini.

Projek bernilai RM 3 juta tersebut bakal siap sepenuhnyapada tahun 2015.

MANSOR Othman mengorek tanah menggunakan jentolak sebagai gimik pelancaran Projek Rumah Mampu Milik di Indera Timbalan Kampung Kepala Gajah, Seberang Perai Selatan di sini baru-baru ini.
MANSOR Othman mengorek tanah menggunakan jentolak
sebagai gimik pelancaran Projek Rumah Mampu Milik di Indera
Timbalan Kampung Kepala Gajah, Seberang Perai Selatan di sini
baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, untuk projek rumah mampu milik fasa pertama (di lokasi sama) yang siap pada tahun 2001, sebuah pusat tuisyen dan satu unit tadika telah didirikan.

“Demi keperluan rakyat, tambahan 40 unit bakal didirikan di sini.

“Inisiatif tersebut sekaligus menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Kerajaan Negeri tidak membina rumah kos rendah untuk rakyat miskin dan berpendapatan rendah di negeri ini,’’ katanya pada Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik (Kos Rendah) Indera Timbalan Kampung Kepala Gajah, di sini baru-baru ini.

Majlis tersebut adalah bersempena Program Mesra Rakyat pucuk pimpinan Kerajaan Negeri.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Maktar Shapee, ADUN Komtar, Ng Wei Aik, Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh, Mohd. Kamil Abu Bakar, Pegawai Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan, Rohani Hassan dan Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Seberang Perai, Rozali Mohamud.

MANSOR Othman (tiga dari kiri) menunjukkan tapak cadangan pembinaan Dewan Serbaguna Kampung Sungai Buaya sempena Program Mesra Rakyat di sini baru-baru ini.
MANSOR Othman (tiga dari kiri) menunjukkan tapak cadangan
pembinaan Dewan Serbaguna Kampung Sungai Buaya
sempena Program Mesra Rakyat di sini baru-baru ini.