Projek sPICE berjalan lancar

Admin

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : LAW SUUN TING

BAYAN BARU – Projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (sPICE) yang bakal menjadi pusat komersial negeri ini kini berjalan lancar dibawah seliaan kontraktor, Syarikat SP Setia Sdn. Bhd. (SP Setia) yang berjaya memperoleh tender terbuka Majlis Perbandaran Pulau Pin a n g ( M P P P ) b a g i membangunkan projek berkenaan di sini.

Di bawah projek sPICE, infrastruktur stadium utama dalam kawasan bekas tapak Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) tersebut akan dinaiktaraf, manakala, strukturstruktur lain bakal diroboh dan didirikan binaan dan struktur lebih moden dan dinamik.

Menurut Penyelia Kanan Tapak Projek sPICE, Alan Yeoh, kerja-kerja menaiktaraf bahagian utama dalam adalah berjalan dengan lancar.

“Jika sebelum ini suasana agak panas, kini, penghawa dingin sudah dinaiktaraf, bumbung bocor telah dibaiki dan pancaran lampu turut diselenggara supaya ia lebih terang.

“Bagi bahagian kolam renang, SP Setia akan mendirikan sebuah Club House. Pengubahsuaian besar dibuat pada bahagian kolam renang ekoran kerosakan pam air dan keretakan dasar sedia ada yang gagal dibaiki.

“Sebagai tambahan, lot-lot kedai komersial termasuk kedai makanan dan minuman akan didirikan bersebelahan kolam renang,’’ katanya kepada Buletin Mutiara yang mengadakan lawatan khas ke tapak projek di sini baru-baru ini.

Pembinaan sPICE bernilai RM 300 juta menerusi sistem tender terbuka adalah sejajar dengan visi negeri ini untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah bandaraya antarabangsa.

Pusat tersebut bakal memenuhi keperluan yang mendesak untuk sebuah pusat konvensyen bertaraf antarabangsa di Pulau Pinang dan wilayah utara yang mana ia akan menjadi satu pembangunan ‘iconic’, iaitu sebuah pusat konvensyen ‘subterranean’ pertama di Malaysia yang mempunyai taman hijau dilandskap dengan indah di atas bumbungnya.

Alan memberitahu, bahagian pintu masuk utama (berhadapan Relau), sebuah pusat konvensyen (arena utama) akan didirikan di bahagian bawah tanah, manakala, bumbungnya akan dilengkapkan dengan sebuah taman berkonsepkan ‘green roof’ untuk rekreasi penduduk setempat.

“Fasa terakhir, iaitu bekas tapak parkir bertingkat pula akan didirikan sebuah hotel mewah yang bakal dimaklumkan kemudian,’’ jelas beliau.

ALAN Yeoh menunjukkan lakaran artis projek sPICE yang dijangka siap pada tahun 2016.
ALAN Yeoh menunjukkan lakaran artis projek sPICE yang
dijangka siap pada tahun 2016.