Pulau Pinang belum dimaklumkan lagi mengenai status lulus NMIA lagi, respons Kon Yeow

Admin

GEORGE TOWN – Suatu proposal yang dikenali sebagai “Lapangan Terbang Antarabangsa Utara Malaysia (NMIA)” yang telahpun dibentangkan di peringkat Persekutuan, sebagaimana menurut sumber sebuah media berbahasa Inggeris, masih belum dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Pengangkutan dan Komunikasi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaru berhubung laporan berkaitan.

“Tak tahu sebab tak (di)sampai(kan) kepada negeri (Pulau Pinang walaupun hal ehwal tanah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri).

“Belum dimaklumkan,” responsnya dalam sidang media di Komtar pada 12 Jun 2019.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

Video : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS