SEBERANG JAYA – Seramai 272 kakitangan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) diraikan dalam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020, secara serentak di tiga lokasi pada pagi ini iaitu di Menara Bandaraya, Depo Pembersihan Padang Chempedak dan Depo Pembersihan Jawi.
Semasa berucap, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow memuji budaya kerjaya pihak berkuasa tempatan (PBT) tempatan berkaitan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan rakyat semasa pandemik.
“Setahun sudah berlalu dan saya pasti semua kakitangan MBSP kini telah berjaya mengadaptasi persekitaran kerja dengan normal baharu,” jelasnya di Dewan Kenanga, Menara Bandaraya dekat sini pada 26 Mac 2021.
Bagi Kon Yeow, usaha MBSP mengintegrasikan perkhidmatan PBT melalui teknologi pintar seperti menaik taraf myMBSP Apps kepada Cyber Counter adalah seiring dengan Visi Penang2030 yang digagaskan Kerajaan Negeri.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memberitahu bahawa pentadbirannya menerusi
Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang pada tahun 2020 telah meluluskan bantuan RM300 (one-off) kepada 3,086 Wira Barisan Hadapan MBSP dengan melibatkan keseluruhan peruntukan sebanyak RM925,800.
Sebelum itu, Datuk Bandar MBSP, Dato’ Sr. Rozali Mohamud sekali lagi mengulangi iltizam pentadbirannya untuk melaksanakan ekonomi kitaran dan ekonomi digital di bandar raya ini.
Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR
Video : AHMAD ADIL MUHAMAD