BUKIT TENGAH – GIMmedia Sdn. Bhd. iaitu rangkaian pencipta kandungan pemasaran serantau dalam talian menerusi aplikasi TikTok Malaysia yang berpengkalan di sini menjadi satu lagi simbol Pulau Pinang sebagai destinasi ekonomi digital pilihan para peneraju industri kreatif.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang juga Exco Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi berkata demikian semasa berkunjung ke pejabat rangkaian pencipta kandungan kreatif tersebut baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun, Goh Choon Aik serta beberapa ikon pemengaruh media sosial negeri turut sertai lawatan yang turut diberi taklimat mengenai potensi industri kreatif serta ‘kuasa’ TikTok dalam membentuk tabiat pengguna kini.
Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD