Pulau Pinang terima Pengarah JKM baharu

GEORGE TOWN – Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang baharu, Zakaria Taib mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow sebentar tadi.

 

Zakaria sebelum ini yang berkhidmat di JKM Kedah mula melapor diri pada 16 Ogos lalu menggantikan Shaballah Zainal Abidin yang dinaikkan pangkat dan bertukar ke JKM Kedah.

Pertemuan tersebut antaranya membincangkan mengenai lokasi baharu pejabat JKM Daerah Timur Laut ekoran kawasan Kompleks Masyarakat Penyayang (KMP) kini digunakan sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).


Kon Yeow dalam pada itu mengambil maklum perkara-perkara yang dibincangkan serta merakamkan ucapan selamat bertugas kepada Zakaria.

 

Hadir sama, Pegawai Pembangunan Masyarakat JKM, Nazatul Iffah Abdullah.

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : MUHAMMAD AMIR IRSYAD OMAR