Pulau Pinang tumpuan syarikat multinasional

Admin

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

GEORGE TOWN – Pengiktirafan United Nation Industrial Development Organisation bahawa Pulau Pinang antara satu daripada 10 destinasi terbaik bagi bidang industrial di dunia telah berjaya menjadikan negeri ini tumpuan syarikat multinasional seperti AMD, Agilent, Dell, Intel dan syarikat-syarikat besar lain untuk mewujudkan perkhidmatan mereka di sini.

Malah, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di dalam ucapannya menyatakan bahawa menerusi inisiatif syarikat-syarikat berkenaan, ia secara tidak langsung telah mewujudkan aktiviti sumber luar seperti kewangan, sumber manusia, pemprosesan, teknologi maklumat, data risikan, rekabentuk dan perkhidmatan sumber luar.

BEBERAPA akauntan dari The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) sedang asyik mendengar taklimat pada penganjuran Forum  Transformasi Kewangan di sini baru-baru ini.
BEBERAPA akauntan dari The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) sedang asyik mendengar taklimat pada penganjuran Forum Transformasi Kewangan di sini baru-baru ini.

Katanya, Kerajaan Negeri komited bagi menyampaikan nilai-nilai strategik tersebut di dalam pengurusan kewangan dengan mengamalkan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

Dengan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri melaksanakan sistem kewangan strategik, ia telah menyebabkan Pulau Pinang mempunyai lebihan bajet setiap tahun sejak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2008.

Malah, hutang kerajaan juga berjaya dikurangkan dari RM630.13 juta kepada RM29.66 juta pada penghujung tahun lalu, iaitu pengurangan tertinggi dicatatkan sebanyak 95%,” katanya pada Forum Transformasi Kewangan yang disertai 250 akauntan dari The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, selain itu, Pulau Pinang juga telah mara ke hadapan apabila mendahului dalam bidang pelaburan di Malaysia pada 2010 dan 2011 di mana (Pulau Pinang) telah menyumbangkan 28% atau RM17.7 juta Foreign Direct Investment (FDI) pada tahun 2010-2011 kepada negara.

Kejayaan Pulau Pinang telah dapat dilihat apabila revolusi di bidang pembuatan dan perindustrian telah mentransformasikan ekonomi Pulau Pinang pada hari ini. Diharap Pulau Pinang dapat berkembang di sektor pembuatan berasaskan pengetahuan supaya menjadi sebuah bandar pintar bertaraf antarabangsa dan lokasi utama pilihan para pelabur,” ujarnya.