GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang kesal dengan mutu perkhidmatan feri di negeri ini sambil menyifatkannya amat kurang memuaskan.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, feri merupakan mod pengangkutan alternatif terpenting yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Perai selepas Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Malah, jelas beliau, terdapat beberapa pandangan berhubung kegagalan Kerajaan Pusat dalam mentadbir urus perkhidmatan feri dengan profesional.
“Maka, masa sudah sampai untuk mereka (Penang Port Sdn. Bhd., PPSB) serahkan (pengoperasian) kepada Kerajaan Negeri,” katanya pada sidang media di Komtar barubaru ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon; Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow dan Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng.
Guan Eng dalam pada itu, turut memberitahu bahawa Kerajaan Negeri melalui Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus telah mengulangi tawaran untuk mengambil alih pengurusan dan operasi perkhidmatan feri menerusi surat kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan bertarikh 8 Disember 2015.
Dalam surat tersebut, beliau memberitahu bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersetuju untuk mengambil alih pengurusan dan operasi perkhidmatan feri dengan syarat, pertama, Kerajaan Negeri tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang liabiliti atau tanggungan hutang ditanggung PPSB sehingga tarikh ambil alih perkhidmatan oleh Kerajaan Negeri termasuk tanggungan pembayaran bekalan/ perolehan yang telahpun ditempah oleh PPSB.
“Kedua, Kerajaan Negeri diberi hak untuk mengambil alih keduadua jeti di Pangkalan Raja Tun Uda dan Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth termasuk aset yang berkaitan dengan perkhidmatan dan kemudahan baik pulih feri tanpa sebarang liabiliti serta tanggungan.
“Ketiga, Kerajaan Negeri hanya akan mengambil kesemua kakitangan di kumpulan rendah/sokongan yang bertugas dan terlibat secara langsung dengan operasi perkhidmatan feri, manakala pengambilan kakitangan pengurusan adalah tertakluk kepada budi bicara mutlak Kerajaan Negeri kelak.
“Keempat, Kementerian Pengangkutan mesti meluluskan 30 lesen ‘water taxi‘ kepada Kerajaan Negeri bagi tujuan pengoperasian serta tapak ‘docking berth‘ yang berkaitan,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Guan Eng menyatakan bahawa, susulan surat tersebut, Kementerian Pengangkutan melalui surat maklum balas bertarikh 30 Disember 2015, akan mengadakan satu taklimat berhubung cadangan mengambil alih pengurusan dan operasi perkhidmatan feri pada 8 Januari 2016 di Putrajaya yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengangkutan Malaysia, Datuk Ruhaizah Mohamed Rashid.
Pada 2 Januari lalu, Hock Seng dan Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik serta Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun mengadakan tinjauan ke Pangkalan Raja Tun Uda di Weld Quay dan mendapati bahawa hanya tiga feri sahaja berfungsi selepas jam 10 pagi dengan jarak perkhidmatan untuk setiap feri adalah setiap satu jam berbanding empat feri bermula pukul 6 – 10 pagi.
d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);