PWDC komited perjuang hak wanita sempena sambutan Hari Kebangsaan

dsc 8775

GEORGE TOWN – Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) menyatakan komitmen untuk memperjuangan hak-hak wanita sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 pada tahun ini.

Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim berkata pihaknya juga komited untuk memastikan segala bentuk halangan dan stereotaip, khususnya terhadap kaum wanita dapat dihapuskan.

“Apabila kita berbicara tentang merdeka, sudah pastinya ia merangkumi intipati kebebasan.

dsc 8736
Lim Siew Khim (lima dari kiri) bersama-sama Ong Bee Leng ()empat dari kiri) semasa menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan Bersama PWDC dekat Lobi Komtar sebentar tadi.

“Justeru, inspirasi saya pada sambutan pada tahun ini adalah untuk melihat wanita bebas daripada semua bentuk halangan termasuk diskriminasi, stereotaip dan keganasan.

“Kebebasan adalah sesuatu yang sangat penting untuk golongan wanita mencapai potensi maksimum mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis Sambutan Hari Kebangsaan Bersama PWDC dekat Lobi Komtar di sini sebentar tadi.

 

Turut serta, Ketua Pegawai Eksekutif PWDC, Dato’ Ong Bee Leng serta pegawa-pegawai PWDC.

Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan penyertaan murid-murid prasekolah yang bertindak mengibar Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik.

Pada masa sama, Siew Khim juga memberitahu bahawa menurut laporan Forum Ekonomi Dunia, kesaksamaan gender sepenuhnya akan mengambil masa hampir 132 tahun untuk dicapai.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri bersama-sama PWDC akan terus berjuang untuk mencapai kemerdekaan sebenar bagi semua wanita,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang.

 

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT