PWMF tetap kembali tahun depan

Admin

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

KEBUN BUNGA – Ekoran sambutan memberangsangkan berhubung penganjuran Penang  World Music Festival 2013, Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang mengumumkan bahawa ia akan diteruskan untuk tahun berikutnya (2014).

Beliau berkata demikian pada ucaptama Majlis Pelancaran Penang World Music Festival 2013 yang berlangsung di Taman Botani di sini baru-baru ini.

“Penang World Music Festival (PWMF) akan diteruskan dan ia (penganjurannya) sudah dimasukkan ke dalam kalender pelancongan 2014,’’ katanya.

Seramai kira-kira 10,000 penonton membanjiri lokasi penganjuran bagi menyaksikan persembahan muzik dari seluruh dunia.

Antara kumpulan-kumpulan yang membuat persembahan adalah Saharadja dari Indonesia; Dende & Band (Brazil); Inka Marka (Afrika Selatan); MU (Portugal); Nasout (Iran); Kimi Djabate (Guinea Bissau); Dagaya (Jepun); Kalayo (Filipina); Oratnitza (Bulgaria); ARP Bora
Quartet (Turki/Austria) dan dua kumpulan dari Malaysia iaitu Rimba serta Akasha.