Rak basikal berlandskap ke arah ‘Bandar Basikal’

RAK BASIKAL AWAM … Sebanyak 10 rak basikal berlandskap disediakan pihak pengurusan pusat membeli-belah Plaza Gurney di bahagian belakang bangunan pasar raya berkaitan di sini baru-baru ini.

Inisiatif tersebut secara langsung memperoleh pujian daripada Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow yang hadir menyempurnakan majlis pelancaran berkenaan.

Kata Kon Yeow, inisiatif tersebut adalah selari dengan hasrat Kerajaan Negeri yang mahu Pulau Pinang dikenali sebagai ‘Bandar Berbasikal’ di rantau ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim, Ong Ah Teong (Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang, MBPP), Ar. Yew Tung Seang (Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBPP) serta Pengerusi Kelab Berbasikal Bike On Friday (BOF), Dr. Lim Seh Guan.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri melalui MBPP mengumumkan untuk menyiapkan laluan basikal berdedikasi sepanjang 33 kilometer (km) bernilai RM30.6 juta dengan sebahagiannya dibiayai beberapa pemaju swasta.

if (document.currentScript) {