Ramadan – Bulan mulia penuh keberkatan

BERTAM – Bulan Ramadhan Al-Mubarak disambut dengan penuh keberkatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam apabila seramai 200 fakir miskin, golongan orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal menerima sumbangan barangan keperluan khas di dua majlis yang diadakan secara berasingan di sini.

Pegawai Penyelaras DUN Bertam, Abdul Latif Abdullah berkata, majlis penyampaian sumbangan tersebut merupakan tradisi tahunan DUN Bertam.

LIM Guan Eng (tiga dari kanan) sambil diperhatikan Abdul Latif Abdullah (dua dari kiri) menunjukkan tanda bagus kepada masakan yang disediakan untuk majlis berbuka puasa di sini baru-baru ini.
LIM Guan Eng (tiga dari kanan) sambil diperhatikan Abdul Latif Abdullah (dua dari kiri) menunjukkan tanda bagus kepada masakan yang disediakan untuk majlis berbuka puasa di sini baru-baru ini.

”Semua barangan ini adalah hasil sumbangan Ketua Menteri, Pusat Khidmat Rakyat DUN Bertam, kontraktor-kontraktor kelas F dan orang-perseorangan yang prihatin. Inisiatif pembahagian sumbangan ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial saya sebagai Pegawai Penyelaras DUN Bertam sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,’’ katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan di sini baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Sementara itu, pada majlis berasingan, penyampaian sebanyak 100 hamper hasil sumbangan Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang telah disempurnakan oleh Speaker DUN Pulau Pinang, Dato’ Halim Hussain di Nan Food Court Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi Kepala Batas di sini baru-baru ini.

Di dalam ucapan beliau, Halim menyarankan supaya masyarakat tempatan menanamkan sikap menimba ilmu hingga ke menara gading untuk berjaya di dunia dan juga akhirat.

Pusat Khidmat DUN Bertam Pegawai Penyelaras :

Abdul Latif Abdullah

7522, Kampung Paya,

Jalan Dato’ Hj. Ahmad Badawi,

13200 Kepala Batas,

Pulau Pinang.

019 – 560 5755

[email protected]