Rancang laksana IRBM, ganda kempen Sungai Nadi Kehidupan

PULAU PINANG juga perlu menggandakan lagi kerja-kerja pembersihan sungai seperti di Sungai Klang dekatKuala Lumpur – Selangor sejak lebih sedekad lepas, di bawah program Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (ROL) demi menepati indeks kualiti air bersih sungai.

 

Demikian kata Ir. Shukri Muslim, yang baru dilantiksebagai Pengarah Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang.

 

Beliau adalah jurutera berpengalaman khusus dalam sektorpembangunan sumber air serta pernah menjawat jawatansebagai Jurutera Daerah Klang pada hujung tahun 1990-andahulu.

 

“Saya antara yang awal membuat IRBM (Integrated River Basin Management) ini dalam projek ROL, yang mana lebih 20 agensi terlibat.

 

“Semua agensi mempunyai peranan masing-masing, JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) ada peranan sendiri, (Dewan) Bandaraya (Kuala Lumpur, DBKL) adaperanannya sendiri, Jabatan Vaterinar ada peranannya, Jabatan Landdskap dan Pejabat Tanah (dan Galian, PTG) juga ada peranannya.

 

“Ini lah pihak (agensi-agensi) yang perlu diintegrasikan, kita memerlukan mesyuarat tiap-tiap bulan.

 

“Apabila saya menjejak kaki di Pulau Pinang sebagaipengarah JPS negeri, saya lihat IRBM boleh dilaksanakan,” jelasnya dalam sesi bual bicara santai bersama-sama Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir, Zairil Khir Johari pada 15 Ogos 2019.

 

Menurut Shukri, pelaksanaan konsep IRBM adalahbertujuan memastikan empat komponen iaitu kecukupanbekalan air, kualiti air bersih, mengurangkan risiko banjirdan kelestarian alam semula jadi.

 

“Kadang-kadang, kita hanya fokus kepada salah satukomponen sahaja, tapi mengabaikan elemen seperti alamsemula jadi, kita tidak hiraukan apa yang berlaku kepadahaiwan (seperti) buaya dan habitat lain dalam sungai.

 

“Jadi, saya rasa (JPS negeri), kita perlu memperkasakanlagi IRBM ini…beberapa kawasan tadahan di LembanganSungai Pinang ini, kita cuba laksanakan konsep IRBM ini,” ujarnya.

 

Demi menjayakan kenspep IRBM berkaitan, beliau berkata,bahawa komuniti setempat perlu dilibatkan juga.

 

“Kalau agensi-agensi saya sahaja terlibat, IRBM ini tidakke mana, mesti kena melibatkan komuniti sebagaimanaprogram ROL di Kuala Lumpur yang melibatkan NGO (pertubuhan bukan kerajaan).

 

“(Di bawah program ROL ini), penduduk, peniaga pasar malam, bengkel-bengkel baiki kereta pun terlibat, tiap-tiappihak terlibat kerana IRBM menggariskan fungsi sertaperanan semua pihak secara berperingkat,” katanya.

 

Justeru, Shukri menyatakan bahawa pelaksanaan IRBM ROL di Pulau Pinang mungkin akan memberi tumpuankepada salah satu batang anak sungai daripada LembanganSungai Pinang.

 

“Masa kita buat ROL di Kuala Lumpur pun, ada ramaiyang protes, mereka kata ‘susah lah!’, tapi berdasarkanhasil kaji-selidik IRBM mendapati bahawa semuakelompok sasar telah mengubah tabiat mereka, sekarang,” jelasnya.

 

“Kalau sebelum ini mereka membuang sampah di atasjalan, selepas kempen ROL ini, mereka tidak buat sebegitulagi kerana mereka tahu akhirnya akan mencemar sungai, sistem saliran yang tersumbat akan mengakibatkan banjir di kawasan penempatan penduduk juga,” ujarnya sambilmemberitahu bahawa kempen ROL mesti sampai keperingkat pelajar sekolah rendah serta (sekolah) menengah.

 

Menyambut saranan Shukri, Zairil menambah bahawaKerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang sejak tahun2008 memang memberi tumpuan kepada agenda mengurangkan risiko banjir, selain menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang bersih, hijau, selamat dan sihat.

 

Berpaksikan kepada Visi Penang2030, Zairil berkatabahawa pihaknya turut berhasrat menerapkan elementeknologi hijau dalam agenda mengurangkan risiko banjirterutama di sekitar Lembangan Sungai Pinang dengan luaskawasan penduduk kira-kira 50 kilometer persegi.

 

“(Lembangan Sungai Pinang ini) membabitkan anak-anaksungai seperti Sungai Jelutong, Sungai Ayer Itam, Sungai Air Putih, Sungai Dondang dan Sungai Air Terjun, yang mana semua air sungai ini akan mengalir ke sungai indukiaitu Sungai Pinang.

 

“Lembangan (Sungai Pinang) ini adalah kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk begitu tinggi. Oleh itu, apabila berlaku banjir, kesannya adalah amat besar kepadapenduduk dan bandar raya George Town.

 

“Saya secara peribadi mahukan sesuatu sejajar dengan VisiPenang2030 yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri (Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow), kita nak ke arah projek-projek ataupun solusi-solusi yang lebih hijau, lestari dan mapan iaitu dengan menggunakan teknologi hijau.

 

“Antaranya, sistem pengumpulan serta penggunaan semulaair hujan (rain water harvesting), rain gardens, sistemkolam takungan bawah tanah, sistem lantai yang bolehcepat menyerap takungan air.

 

“Dengan teknologi-teknologi hijau ini, sebenarnya dapatmembantu. Sebab, antara masalah yang kita (Kerajaan Negeri) hadapi di Pulau Pinang adalah kekurangankawasan lapang.

 

“Kalau ada kawasan lapang yang besar, kita boleh jadikankolam takungan air, tapi kalau tidak ada (kawasan lapangyang luas), macam mana kita nak buat, antarapenyelesaiannya adalah kita buat kolam takungan (air) bawah tanah iaitu tangki takungan air bawah tanah yang diwujudkan di banyak negara seperti Singapura, negara-negara Eropah dan juga di Thailand serta Jepun juga,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bunga.

 

Zairil dalam pada itu turut memberitahu Shukri bahawaproses menyediakan pelan reka bentuk projek fasa pertamaRancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang dijangka pada pertengahan tahun 2020, sebelumkerja-kerja pemajuan dilakukan dengan kos keseluruhansebanyak RM150 juta.

 

“Setelah siap reka bentuk, maka opsyen-opsyen akandipilih oleh JPS Pusat dengan perbincangan bersama-samaKerajaan Negeri Pulau Pinang.

 

“Setelah dipilih opsyen reka bentuk, maka proses tender akan dibuat (dengan memilih) kontraktor bagi pelaksanaanprojek tersebut bagi fasa pertama.

 

“Projek untuk menangani masalah banjir di LembanganSungai Pinang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan, maka, (fasa pertama projek) ini adalah projekJPS Pusat,” ujarnya.

 

Menurut beliau, birokrasi antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bertambah lancar apabila PakatanHarapan turut menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei 2018.

 

“Alhamdulillah, setelah Kerajaan (Pakatan Harapan) barumengambil alih pada tahun lepas (9 Mei 2018), maka, adaperuntukan kewangan yang telah diberikan.

 

“Untuk Pulau Pinang, saya rasa ada banyak lagi projek-projek yang perlu diberikan perhatian, khususnya di bahagian Seberang Perai juga.

 

“Seperti saya sebut, dalam setahun dua (tahun) ini, banyakperuntukan diluluskan untuk Pulau Pinang… ada(peruntukan) tambahan RM50 juta juga untuk RancanganTebatan Banjir (RTB) Teluk Kumbar, Pondok Upeh, TelukBahang dan Sungai Kecil (di bahagian) Seberang Peraijuga.

 

“Kita mengharapkan dalam Belanjawan 2020 yang bakaldiumumkan pada bulan Oktober oleh Menteri Kewangan(Lim Guan Eng) akan ada berita baik untuk Pulau Pinang dari segi peruntukan (menangani) banjir,” ulas Zairil.

 

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS