Rasai keunikan, warisan bandar raya di The George Hotel

72a7e55b b123 4b78 aae7 ce5f11d9b740 REKA bentuk fakad The George Hotel dekat Lebuh Pinang seolah-olah bangunan warisan tinggalan era Perang Dunia Pertama di sini bertaraf lima bintang.

GEORGE TOWN Bandar Warisan Dunia UNESCO hari ini bukan sahaja kaya dengan pelbagai monumen sejarah serta bangunan warisan ketara tinggalan era Perang Dunia Pertama, malah di sini juga terdapat pelbagai kategori hotel yang unik, cantik dan berbaloi untuk penginapan pelancong baik pengembara antarabangsa mahupun pengunjung tempatan.

The George Hotel dekat Lebuh Pinang di sini mungkin perlu diletakkan dalam senarai pendek pengunjung terutama mereka yang hendak menempuhi pengalaman yang sedikit berbeza.

Terletak tidak jauh dari pasar raya Chowrasta, The George Hotel ini, dari luar, reka bentuk fakad nampak seolah-olah bangunan warisan kategori Kelas 1 yang digazetkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) serta dikelolakan di bawah Jabatan Warisan Negara.

Reka bentuk fakad luar bangunan rumah kedai yang ditukar guna jadi hotel lima bintang ini memang nampak persis bangunan warisan Kelas 1 iaitu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang berusia lebih kira-kira 120 tahun.

img 8367
REKA bentuk dalaman, dan kemudahan kolam renang terbuka sifar klorin.

Namun, kata Pengurus Jualan dan Pemasaran The George Hotel, Iyin Low, hotel itu nampak seperti bangunan warisan tinggalan era kolonial sahaja, serta bukan bangunan warisan pun.

“Oleh kerana hotel ini terletak dalam George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO (yang mana) dikelilingi beberapa bangunan warisan Kelas 1, pemilik The George Hotel cuba membina semula bangunan empat tingkat ini supaya dapat dilihat reka bentuk (fakad) ala monumen tinggalan Perang Dunia Pertama.

“Berada dalam pelingkungan tapak warisan dunia UNESCO, yang mana rata-rata pengunjung ke kawasan ‘zon menarik’ ini memang untuk melihat sendiri kepelbagaian warisan ketara, The George Hotel cuba menyediakan suasana penginapan mengikut citarasa mereka.

“Walaupun bangunan hotel ini tidak memenuhi syarat sebagai bangunan warisan (di bawah Akta 645), hotel ini mendapat penarafan lima bintang setara dengan beberapa hotel terkenal lain di bahagian Pulau dan Seberang Perai,” jelasnya lagi kepada wartawan Buletin Mutiara, ZAINULFAQAR YAACOB dan jurugambar, AHMAD ADIL MUHAMAD di kafeteria hotel tersebut pada 26 Mac 2024.

Difahamkan, The George Hotel menyediakan 92 kamar penginapan dalam pelbagai kategori, antaranya Executive Dulaxe King, Executive Dulaxe Twin, Pearl Suite, Heritage Suite, Colonial Suite dan Governor Suite.

Kadar semalam adalah antara RM500 hingga RM2,000, bergantung pada jenis kamar yang ditempah.

d630c283 53a6 4606 b1be 3079384591c3
PETER Lor

Kata Pengurus The George Hotel, Peter Lor, 70 peratus pelanggan adalah dalam kalangan pengembara antarabangsa; paling ramai dari negara-negara Eropah, Republik Rakyat China ataupun Republik Rakyat Singapura.

“Macam hujung minggu ini, walaupun tiada perayaan utama negara di negeri Pulau Pinang, semua kamar hotel telah ditempah sepanjang Jumaat hingga Ahad.

“Daripada maklum balas pelanggan kami, rata-rata mereka memang suka menginap di hotel warisan atau butik di sekitar George Town… selepas pergi satu hotel mereka akan menginap di sini sebab keunikan hotel sesuai dengan namanya – The George Hotel.

“Sungguhpun ramai pelanggan kami adalah pelancong asing, bukan bermakna hotel ini tidak menjadi pilihan pengunjung tempatan kerana ada diskaun jika mereka adalah penjawat awam,” jelasnya lagi.

Sambil berbual, sekalian tetamu termasuk dua wakil Buletin Mutiara diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa (Iftar).

Turut terlibat beberapa blogger yang banyak menulis mengenai keenakan dan kelainan makanan asal Pulau Mutiara.

257a376d e2d0 4fb9 963f 7adde54967f7
CEF Paez menunjukkan antara set hidangan istimewa yang disajikan kepada pelanggan The George Hotel semasa iftar Ramadan.

Beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai turut sertai acara iftar yang disediakan oleh ‘Cef Paez’ atau nama sebenarnya Muhammad Paez Zaim Fuzi, 32.

Berpengalaman menjadi tukang masak di lima buah hotel sejak tahun 2011, Chef Paez berkata The George Hotel merupakan hotel kedua pasukannya terlibat dalam proses pembukaan kafetaria atau ‘Saffron Dining’ kira-kira lebih setahun yang lalu.

Di The George Hotel, kata Peter Lor, sekalian pelanggan berpeluang menikmati makanan tradisi Melayu dan peranakan ‘Baba Nyonya Penang’.

“Di bawah Cef Paez, The George Hotel cuba mengetengahkan kulinari tradisi tersendiri sesuai dengan selera pengunjung yang nak merasai sesuatu yang ada ciri-ciri warisan ketara dan warisan tak ketara.

“Jadi, di The George Hotel ada set hidangan selera tradisi Melayu, ada juga selera hidangan peranakan Baba Nyonya,” jelasnya lagi dalam nada sederhana.

20f69a3f c544 4356 a792 e11bbf571360
UDANG Masak Diraja dan Ikan Belada Utara antara hidangan istimewa Saffron Dining, The George Hotel di sini.

Cef Paez memberitahu dwi hidangan istimewa iaitu set tradisi Melayu dan set peranakan ‘Baba Nyonya Penang’ tersebut disajikan berdasarkan pengalamannya dalam bidang kulinari selama lebih sedekad.

“Kepelbagaian hidangan istimewa ini disajikan berdasarkan pengalaman lepas, di samping untuk mengetengahkan selera warisan asli yang mungkin terdapat di The George Hotel sahaja,” jelasnya lagi.

Udang Masak Diraja, Daging Masak Rendang, Nasi Briyani, Kambing Kurma, Ikan Belada Utara, Dalca Sayur, Ulam-ulaman, Sambal Belacan dan bubur kacang merah antara juadah iftar yang disajikan.

Sempena pakej promosi yang dikenali sebagai Jom Hidang Sets, Buletin Mutiara diberitahu bahawa terdapat beberapa menu pilihan, antaranya:-

Hidangan Set A (2 Orang / RM88+)
• Sup ayam/ekor berempah + nasi putih / Briyani / Hujan Panas + Ayam Percik Kelantan / Ayam Masak Merah + Kari Ikan / Ikan Belada Utara + Dalca Sayur / Sayur Campur + Acar Jelatah + Papadom + Ulam-ulaman dan sambal

Hidangan Set B (6 orang / RM488+)
• Sup Ayam Berempah + nasi putih / Briyani / Hujan Panas + Ayam Percik Kelantan / Ayam Masak Merah + Kari Ikan / Ikan Belada Utara + Udang Masak Diraja + Sayur Campur Beraneka + Daging Masak Rendang / Kambing Kurma + Acar Jelatah + Papadom + Ulam-ulaman dan sambal

Hidangan Set C (6 orang / RM488+)
• Sup Ekar Berempah + nasi putih / Briyani / Hujan Panas + Ayam Percik Kelantan / Ayam Masak Merah + Kari Ikan / Ikan Belada Utara + Udang Masak Diraja + Sayur Campur Beraneka + Daging Masak Rendang / Kambing Kurma + Acar Jelatah + Papadom + Ulam-ulaman dan sambal

Hidangan Set D (10 orang / RM688+)
• Sup Elar Berempah / Sup Ayam Berempah + nasi putih / Briyani / Hujan Panas + Ayam Percik Kelantan / Ayam Masak Merah + Kari Ikan / Ikan Belada Utara + Udang Masak Diraja + Sayur Campur Beraneka + Daging Masak Rendang / Kambing Kurma + Acar Jelatah + Papadom + Ulam-ulaman dan sambal

“Semua menu berasaskan ikan, makanan laut, ayam dan daging yang disajikan di sini adalah berdasarkan pengalaman memasak di beberapa hotel tempat saya pernah bekerja sebelum ini, dikombinasikan menjadi beberapa set hidangan istimewa buat pelanggan The George Hotel ini,” jelas Cef Paez lagi.

Seusai acara iftar, Buletin Mutiara dibawa jerayawara bagi melihat kemudahan-kemudahan di bangunan The George Hotel yang terdiri dari empat tingkat tidak termasuk aras bawah tanah khusus untuk parkir.

Selain Saffron Dining, di aras 1 hotel juga terdapat George Bar dan lobi hotel.

Tiada aras 4 di hotel ini. Hanya ada, Aras 2, 3 dan 5 yang menempatkan kamar-kamar penginapan hotel.

8050806e 1007 4c57 baaf 0ddb3839fa0a
ANJUNG kamar yang begitu luas dan lapang, lengkap dengan perabot santai memang memberi kelainan kepada pengunjung The George Hotel di sini.
img 8375
DARI anjung beberapa kamar The George Hotel, pemandangan sebelah malam memang indah, boleh melihat sekeliling ‘bandar raya warisan’ termasuk Komtar dan The Top @ Komtar yang menjadi antara mercu tanda kemajuan negeri Pulau Pinang.

Konsep kamar hotel ala ‘Airbed and breakfast’ atau singkatannya ‘Airbnb’ yang mana tempat penginapan persis ‘apartmen’ atau rumah bertingkat yang lengkap dengan pelbagai kemudahan moden dan selesa.

“Paling istimewa, kamar-kamar di sini adalah anjung yang begitu luas lengkap dengan perabot istirahat (yang mana) dari anjung ini boleh disaksikan saat matahari terbit dan terbenam, kapal-kapal persiaran di Swettenham Pier, bahang ‘kota warisan’ George Town termasuk The Top @ Komtar, Chowrasta, deretan rumah kedai lama tinggalan era Perang Dunia Pertama dan sebagainya,” jelasnya.

88b97689 5d28 4282 9055 96afba736eaa 3a3c2e2a f10f 4e25 af21 f6d6bacfd8a2 8ab5f41b 30a9 4dcd 8f49 bb3afda1c7e8 img 8376 img 8369img 8364Perabot dalam tandas dan tiap-tiap kamar di The George Hotel sangat ketara memperlihatkan elemen-elemen tradisional yang mana ada seperti ‘celepa’ kedai ubat tradisi Cina, jubin lantai yang warna-warni dan cantik seperti berada dalam bahagian tertentu rumah agam.

“Buat masa ini, hanya kamar hotel ditawarkan, kita dalam proses menawarkan perkhidmatan penginapan ala ‘Airbnb’ kerana kian digemari pengunjung.

“Buat masa ini memang tiada kemudahan bilik persidangan disediakan, mungkin akan ada selepas bangunan tambahan siap dibina tidak lama lagi – dekat sini juga – yang mana akan bersambung dengan bangunan utama The George Hotel.

“Memang dalam perancangan kita untuk menyediakan ruang pameran mengenai sejarah warisan bandar raya ini – kenapa nama George Town dan kaitannya dengan The George Hotel – serta sejarah jalan dan bangunan-bangunan terpilih untuk tarikan baharu pengunjung.

“Sedaya upaya kita (The George Hotel) cuba membawakan bahang George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO dalam reka bentuk perabot kamar dan struktur jubin lantai kamar, supaya benar-benar dirasai berbaloi buat semua pelanggan kami baik pengembara antarabangsa mahupun pengunjung tempatan,” kata Iyin Low sambil memberitahu bahawa sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi nombor telefon +60169399840.

Cuba bawa kenalan dan seisi keluarga untuk menginap di The George Town Hotel, dengan membuat tempahan awal menerusi semua platform digital global.

Berbaloi!