Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN – Program Keceriaan Bandar mampu direalisasikan di Pulau Pinang sekiranya pembudayaan menjaga alam sekitar ini menerima partisipasi rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow berkata demikian pada majlis pelancaran kempen tersebut di sini baru-baru ini.
“Pembudayaan menjaga alam sekitar serta mengurangkan penggunaan bag plastik oleh setiap rakyat boleh menjayakan kempen ini untuk warisan generasi akan datang,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada dua syarikat korporat yang turut hadir bagi menyempurnakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing.
Lebih 1,800 pasu plastik disumbang oleh Syarikat Guppy Sdn. Bhd. pada majlis berkenaan.
Itu, tidak termasuk 1,000 beg baja yang disumbangkan oleh sebuah syarikat korporat lain.
Kira-kira 50 peniaga setempat hadir bagi menerima sumbangan pasu bunga hiasan daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk diletakkan di kaki lima kedai masing-masing.