Rejuvenasi bandar, beri nafas baharu ruang bandar

Admin
a7 01 komtar 02

Kepelbagaian jenis ruang bandar memberi pengalaman baru buat warga Pulau Pinang untuk menghuni, bekerja dan beriadah di Pulau Pinang yang sedang rancak membangun. Dengan penglibatan dalam pembangunan bandar, PDC masih kekal memberi nafas baru kepada landskap bandar Pulau Pinang.

 

KOMTAR: Dulu dan Kini

Pembinaan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), pusat bandar moden George Town pada tahun 1973 menandakan permulaan penglibatan PDC dalam rejuvenasi bandar. Siap dibina sekitar pertengahan tahun 1980-an, Komtar menjadi pusat sehenti komersial, rekreasi dan pentadbiran kerajaan yang pertama di Malaysia.

a7 02 utc 01
PUSAT Transformasi Bandar yang pertama di KOMTAR.

Selain daripada The Top Theme Park, pelbagai elemen baru telah diperkenalkan oleh PDC untuk Komtar seperti Komtar Walk, pusat kafe makan terbuka yang bergaya di aras bawah dan juga pengoperasian Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang pertama di Pulau Pinang pada bulan Ogos 2020; memberi kemudahan akses bahkan pada hujung minggu kepada orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan seperti Jabatan Imigresen, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pengangkutan Jalan dan juga Jabatan Pendaftaran Negara. Elemen-elemen seperti ini memperluaskan peranan Komtar dalam memberi manfaat baru kepada warga Pulau Pinang selain menjadi tempat tumpuan pelancong.

 

Menghidupkan Semula Bangunan Warisan

PDC sentiasa mengimbangi pembangunan moden dengan pemeliharaan warisan demi memastikan bangunan warisan George Town lebih daripada sekadar mercu tanda sejarah.

Wisma Yeap Chor Ee, sebuah gudang yang terbiar pada suatu ketika dahulu, merupakan salah satu daripada kerja baikpulih oleh PDC yang sekarang telah dilengkapi dengan kemudahan moden seperti tandas yang baru, tangga, lif, kelengkapan memadam api dan pencawang TNB yang tersendiri. Kini, ia menempatkan Kluster Sains Pulau Pinang, sebuah NGO yang dibiayai oleh negeri yang menyediakan program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kepada golongan muda.

PDC juga mereka dan membina bangunan warisan sayap utama Penang Institute. Gabungan warna putih dan hitam melengkapkan persekitaran warisan semula jadinya – sekaligus menunjukkan keupayaan PDC dalam mewujudkan ruang masa hadapan dalam penetapan warisan.

PDC juga telah menyegarkan semula Pasar Sia Boey yang berasal dari abad ke-19 dan menjadikannya ruang tumpuan yang popular dan taman bandar arkeologi pertama di Malaysia.

 

Mewujudkan dan Memperbaharui Kemudahan Awam

Sementelahan Seberang Perai yang mengalami perkembangan pesat mendorong PDC untuk membina SP Arena (Seberang Jaya) dan Arena Butterworth sebagai tempat serbaguna sesuai untuk mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) bagi kegunaan perdagangan dan komuniti.

a7 03 butterwoth arena 01
FASILITI serba guna untuk mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE), Butterworth Arena.

Melalui beberapa skim rejuvenasi perumahan awam, PDC aktif dalam merancang kerja-kerja mengecat semula, penambahbaikan, pembaikan struktur dan penggantian dalam penyelenggaraan perumahan sedia ada di Pulau Pinang. Ini secara tidak langsung memberi manfaat kepada banyak perumahan awam di samping memastikan kualiti kehidupan penduduknya masih terjaga.

 

 

Mentakrifkan Semula Masa Depan Ruang Bandar Pulau Pinang

Memandangkan ruang bandar pada masa depan akan menjadi semakin dinamik dan mempunyai pelbagai fungsi, PDC terus memastikan mercu tanda ikonik, bangunan warisan, dan kemudahan awam di Pulau Pinang dapat bergabung secara harmoni dalam landskap bandar yang mempesona sepadan dengan kesibukan identitinya.

 

(Artikel oleh : PDC)