Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
TANJONG BUNGA –Bertindak atas aduan awam, sebuah restoran nasi kandar terkemuka di sini telah diberi notis tutup dua minggu oleh Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut (PKDTL) berikutan keadaan kebersihan yang tidak memuaskan dan operasi premis tidak me n g i k u t p r o s e d u r ditetapkan.
Selain sisa minyak yang mencemari longkang bangunan , restoran berkenaan juga dipercayai tidak memiliki saluran kumbahan yang sesuai sehingga menyebabkan air tercemar tersalur terus ke dalam longkang.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kesihatan Awam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Ong Ah Teong berkata, kedai berkenaan diperintahkan tutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Serbuan tersebut dilakukan berikutan beberapa aduan penduduk setempat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Pecinta Pantai Tanjung Bungah Pantai ekoran bau busuk serta pencemaran yang berlaku di Sungai Emas yang terletak di kawasan berhampiran.
“Sekiranya didapati bersalah, pemilik boleh dikenakan penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak lebih RM30,000 atau kedua-duanya sekali,’’ katanya pada operasi yang diadakan bersama PKDTL di sini baru-baru ini.
Tambah Ah Teong, selain terpaksa tutup, premis berkenaan turut disaman RM350 oleh MPPP kerana air yang tercemar tersalur terus ke dalam longkang dan pemilik premis terbabit tidak mengambil langkah sesuai untuk mengelak pembiakan vektor.