Rezeki Aidilfitri sempena kunjungan TYT

MERIAHKAN AIDILFITRI… Kunjungan Yang DiPertua Negeri (TYT) Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak ke Kampung Dodol membawa rezeki kepada 50 asnaf setempat.

 

 

Kehadiran Ahmad Fuzi hadir menyampaikan sumbangan duit raya sempena Aidilfitri yang akan disambut pada 22 April ini.

 

 

Selain duit raya, asnaf berkaitan turut membawa pulang bakul barangan keperluan harian untuk kegunaan ketika menyambut hari kebesaran umat Islam itu.

 

Majlis yang berlangsung  kelmarin di Madrasah Daud Al-Islamiah Kampung Dodol, Jalan Perak itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Amal TYT, Dato’ Seri Rozali Mohamud; Pengerusi Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Dato’ Seri Mohd. Yusof Latif dan Pengerusi  Lembaga Pengarah Madrasah Daud Al-Islamiah, Meerasa Mastan.

 

 

Seusai majlis, Ahmad Fuzi turut menyampaikan sumbangan kepada madrasah berkaitan.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR