Ribuan pengunjung banjiri “Balik Pulau Jiwa Merdeka”

807a1e12 16a3 46d2 8c14 16dee90c5a5d

PULAU BETONG – Sambutan Bulan Kebangsaan ke-67 peringkat Parlimen Balik Pulau, bertemakan “Balik Pulau Jiwa Merdeka” meriah dikunjungi ribuan hadirin dekat Kompleks Sukan Balik Pulau di sini semalam.

3d432ed4 5194 48cf 9db3 21571465cc8d
MUHAMMAD Bakhtiar semasa sesi ucaptama semalam.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Dato’ Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata objektif utama program itu adalah untuk mengumpul seluruh warga negeri bagi menghayati tema Hari Kebangsaan tahun ini, “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka”.

Beliau turut menekankan pentingnya untuk rakyat negara ini mencapai kemerdekaan yang sebenar dalam membentuk masyarakat bertamadun.

d1ef2ae1 7b35 4926 8b4a bf79360e47fb“Pelbagai aktiviti dan acara menarik dianjurkan hari ini, kolaborasi erat bersama-sama pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya,” katanya sambil berharap agar program tersebut dapat diteruskan pada masa akan datang.

Hadir sama pada program itu ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Dato’ Azrul Mahathir Aziz; Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pulau Betong, Ahmad Razaaim Azimi, serta Ahli-ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

a2bbbfa9 5bb4 4707 a318 3f33ec1f36edDalam pada itu, Muhammad Bakhtiar juga berharap agar penganjuran program tersebut berjaya menanam semangat patriotik dalam diri setiap masyarakat terutama sekali semasa menyambut Hari Kebangsaan.

“Justeru, marilah kita hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu dalam mencapai kemakmuran dan sayangilah negara kita, Malaysia,” ujarnya.

Serentak majlis sama, Muhammad Bakhtiar turut memimpin konvoi Merdeka bersama-sama lebih 550 penunggang motosikal di sekitar kawasan Balik Pulau sambil mengibar Jalur Gemilang.

img 7330Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada lagenda rock, Datuk Ramli Sarip yang juga terkenal dengan gelaran ‘Papa Rock’ serta persembahan kebudayaan oleh barisan pelajar sekolah.

Selain pertandingan mewarna, pakaian beragam dan tradisional, sukan rakyat, bintang cilik patriotik, gerai jualan serta pameran agensi-agensi kerajaan antara acara menarik bermula pukul 4 petang.

Pada acara kemuncak, percikan bunga api selama kira-kira 10 minit merupakan antara tarikan utama program “Balik Pulau Jiwa Merdeka”, selain sesi cabutan bertuah.

15e11a49 4a62 42c1 b845 57f4e50e7825 bdcfe84a a5ff 498f 9d45 a4410ad21d911c4f6fde e8d1 4afb aedb b5cf0adbadfa9c36210e 9785 45ca 8666 823de87b3e63e28052d5 fc82 46ae 92d7 7eed59c7d7eb74d42af3 066c 4536 ab9d a60b26da0d9d

 

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : IDZHAM AHMAD & PUSAT KHIDMAT PARLIMEN BALIK PULAU