Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar: NAZLEEN NAJEEB
BUKIT JAMBUL – Bagi keselesaan pengunjung, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) membelanjakan RM270,000 bagi membina dua gazebo lengkap dengan kemudahan rekreasi serta tandas awam di pertengahan puncak lokasi pendakian popular Bukit Jambul di sini.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, projek pembangunan kemudahan rekreasi tersebut dimulakan sejak April lalu.
“Antaranya, pembinaan dua gazebo di puncak Bukit Jambul yang sehingga kini telah 40 peratus dibangunkan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung tahun ini.
“Pengindahan dan pertambahan kemudahan rekreasi di Bukit Jambul perlu dibuat untuk menarik lebih ramai pengunjung di samping mempromosikan gaya hidup melalui pendakian,” katanya ketika menyertai Guang Ming – Bukit Jambul Hikathon Challenge 2014 di sini baru-baru ini.
Turut sama, Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng dan Penasihat Kelab Pendaki Bukit Jambut, Datuk Goh Eng Hoe.