BAGAN JERMAL – Projek penurapan jalan sekitar kawasan Rumah Pangsa Mak Mandin Hijau yang siap pada 27 September lepas menelan belanjan RM327,265.
Bercakap kepada pemberitahu, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng merakamkan penghargaan kepada agensi negeri, Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) kerana telah meluluskan permohonan projek tersebut.
“Ini adalah hasil usaha saya dan YB Soon Lip Chee (Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Bagan Jermal merangkap Exco Belia dan Sukan) yang mana kita memohon peruntukan daripada Kerajaan Negeri.
“Saya tidak boleh menggunakan peruntukan saya (sebagai Ahli Parlimen Bagan) kerana (Rumah Pangsa Mak Mandin Hijau) ini di bawah LPNPP.
“Syarat-syarat peruntukan parlimen, ia tidak membenarkan (saya menggunakan peruntukan untuk kerja-kerja penurapan jalan di sini),” jelasnya lagi di sini pada 9 Oktober 2022.
Sehubungan itu, Guan Eng yang juga ADUN Air Putih berharap projek penurapan jalan tersebut sekali gus meningkatkan lagi kualiti hidup para penduduk lokal.
Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR