RM350.09 juta dibelanjakan sejak 2008 untuk selenggara skim perumahan Pulau Pinang – Exco

S. Sundarajoo

GEORGE TOWN – Exco Perumahan dan Alam Sekitar, Dato’ Seri S. Sundarajoo memberitahu sejak tahun 2008 hingga kini sejumlah 36,172 kerja-kerja penyelenggaraan skim perumahan berstrata telah dilaksanakan di Pulau Pinang, dengan melibatkan kos sebanyak RM350.9juta.

Beliau berkata mengikut pecahan, sebanyak 25,346 kerja penyelenggaraan skim perumahan awam telah dilaksanakan dengan melibatkan perbelanjaan RM243,113,635.04.

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu lagi, kira-kira RM32,033,227.16 telah dibelanjakan untuk pelaksanaan 9,738 kerja projek penyelenggaraan Perumahan di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP); dan RM6,163,183.58 untuk penyelenggaraan 346 projek penyelenggaraan Perumahan di bawah Majlis Bandaraya Seveeang Seberang Perai (MBSP).

Melalui Tabung Penyelenggaraan Maksima 80
Pulau Pinang (TPM80PP), Sundarajoo memberitahu bahawa sejumlah RM69,648,517.19 telahpun dibelanjakan bagi pelaksanaan projek penyelenggaraan skim perumahan berkaitan.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan lisan ADUN Batu Uban, A. Kumaresan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-15 di sini pada 23 November 2023.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : SIEW CHIA EN