Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI
PULAU BETONG – Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Dato’ Ar. Yew Tung Seang menjalankan bahawa pemilihan tender untuk kerja-kerja penarafan dan pemeliharaan monumen Balik Pulau serta kawasan sekitardengan kos RM470,000 adalah dilakukan secara tender terbuka.
Menurut beliau, lima syarikat telah membida projek tersebut, dan RM470,000 adalah sebut harga terendah dalam mematuhi kaedah pemeliharan monumen warisan Kategori Satu berkenaan.
“Justeru, kontrak ini bukan sahaja naik taraf monumen malah juga melibatkan kos penanaman pokok, naik taraf laluan pejalan kaki, tempat duduk untuk orang awam, elektrik dan elektronik, awam serta mekanikal.
“Selain itu, kita (MBPP) juga melantik jurutera profesional bagi memantau projek, pada masa sama, MBPP juga melantik pakar konservasi untuk melihat aspek pematuhan pemuliharaan monumen warisan Kategori Satu ini,” jelasnya selepas melawat tapak projek konservasi tersebut di sini pada 17 Disember 2020.
Difahamkan, suatu ketika dahulu, monumen bersejarah tersebut suatu pernah berfungsi sebagai tempat istirahat serta minum bagi kenderaan pengangkutan yang menggunakan kuda serta lembu di sekitar Balik Pulau.