Dana Mesra Rakyat diguna naik taraf gelanggang futsal dan SRI Hajjah Salmah

Admin

SUNGAI PINANG – Ahli Parlimen Jelutong, R.S.N. Rayer berharap, dengan penaiktarafan gelanggang futsal Kampung Rawa bernilai RM39,599.11 mampu meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat dari segi kesihatan dan kecergasan.

 

 

Katanya, pihaknya kini juga dalam perancangan menambah  alatan senaman luaran (outdoor gym) di kawasan tersebut sebagai pilihan untuk beriadah.

 

 

“Hari ini kita akan menyerahkan gelanggang futsal (dinaik taraf) yang mana sebelum ini saya Lim Siew Khim selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang memang menerima perminataan daripada penduduk setempat.

 

 

“Kami juga menerima permohonan sebentar tadi oleh pemuda-pemuda di sini untuk pemasangan outdoor gym, untuk kemudahan futsal kita juga akan memasang jaring mudah alih ketika bermain futsal kerana seperti mana kita tahu gelanggang ini juga menjadi tempat letak kereta dan digunakan untuk majlis perayaan dan sebagainya,” ujar beliau ketika majlis penyerahan ringkas di sini baru-baru ini.

Sejurus penyerahan tersebut, Rayer dan Siew Khim turut mengunjungi Sekolah Rendah Islam (SRI) Hajjah Salmah di kawasan sama.

 

 

Di SRI Hajjah Salmah, Rayer turut melawat kerja-kerja naik taraf sekolah terbabit menelan belanja RM33,372 75.

 

 

Antara kerja-kerja naik taraf terlibat adalah pengecatan semula, naik taraf pintu, dinding kelas dan sebagainya.

 

 

“Selepas ini kita bercadang menaik taraf tandas dan pendawaian elektrik dalam memastikan keselesaan dan keselamatan penghuni sekolah ini lebih terjamin,” jelas Rayer lagi.

 

 

Difahamkan kedua-dua projek ini disalurkan melalui Dana Mesra Rakyat kepada semua Ahli Parlimen dan sumbangan Pusat Khidmat Parlimen Jelutong.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : AHLI PARLIMEN