Roadshow sains Ogos – Disember

Oleh: CHEAH JAY LOON

GEORGE TOWN – Bagi menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang canggih dan kreatif dalam bidang sains serta teknologi, Kerajaan Negeri melalui Penang Tech Centre Bhd. mengambil inisiatif khas mengadakan Magic Of Science Roadshow bermula Ogos hingga Disember ini membabitkan beberapa pasaraya terkemuka di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Yap Soo Huey yang juga Ahli Lembaga Pengarah Penang Tech Centre Bhd. berkata, sains dan teknologi adalah amat penting bagi membantu golongan kanak-kanak khususnya memperoleh lebih banyak ilmu tentang teknologi canggih

“Golongan kanak-kanak dapat menggunakan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian.

“Justeru, kami berharap program ini dapat menarik minat kanak-kanak berumur lingkungan 15 tahun ke atas dengan penyediaan banyak aktiviti dan permainan menfokus kepada alam semula jadi, matematik & sains, robotik, astronomi,’’ katanya pada penganjuran program Magic Of Science Roadshow di sini baru-baru ini.

Turut serta, Ahli Lembaga Pengarah Penang Tech Centre Bhd., Datuk Kok Khong Lim merangkap Pengurus Pemasarannya, Jeffrey Chew.

Pameran yang diadakan menfokuskan empat galeri utama terbahagi kepada galeri robotik, elektronik dan komputer, sains dan teknologi perubatan dan teknologi pencahayaan.

Jadual program adalah sebagaimana jadual berikut : –

Plaza Gurney 9 & 10 Ogos ; 6, 7, 27 & 28 Disember
Queensbay Mall 30 & 31 Ogos ; 20 & 21 September ; 13 & 14 Disember
Gurney Paragon 13 & 14 September ; 29 & 30 November
First Avenue Mall 20 & 21 Disember

Sebarang maklumat lanjut, layari “www.techdomeoenang.org atau facebook/ techdomeinpenang.