Rosli serah Nota Tugas terakhir kepada Ketua Menteri

Admin

GEORGE TOWN – Penyerahan Nota Serah Tugas oleh Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Dato’ Rosli Jaafar kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang juga Pengerusi PDC berlangsung di Komtar pagi ini.

Rosli, 60, akan menamatkan perkhidmatannya hari ini setelah menabur bakti kepada PDC dan Kerajaan Negeri hampir 29 tahun.

Menelusuri perjalanan kariernya bersama-sama PDC, Rosli memulakan tugas sebagai arkitek pada tahun 1990, dan dua tahun kemudian dipromosikan sebagai Pengurus Bahagian Arkitek PDC (1992).

Antara jawatan lain yang pernah disandang beliau ialah Timbalan Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Perancangan (2000) sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar PDC pada Oktober 2006 sehingga kini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat beliau yang telah banyak berjasa dan berkhidmat sepanjang berada di PDC. Selamat maju jaya!