Roslinda bersara wajib, kunjung hormat Ketua Menteri

c4396699 5585 4d5d 9acc 5b0add1724e0

GEORGE TOWN – Mula bertugas sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang pada 15 Mac 2023, Dato’ Roslinda Mohd. Shafie menzahirkan rasa gembira kerana berpeluang bekerja di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow.

Beliau berkongsi perasaan gembira itu semasa kunjungan hormat selama hampir 40 minit bersama-sama Kon Yeow di Komtar pada 31 Disember 2024.

Akan bersara wajib bermula esok, Roslinda sempat berkongsi serba sedikit pengalamannya berkhidmat sebagai penasihat undang-undang dalam sektor perkhidmatan awam, dengan Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi.

Sebagai rekod, Roslinda pernah dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang di Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, sebelum berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang.

Turut serta majlis kunjungan hormat tersebut adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lau Keng Ee.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI