Rujuk KDN isu Rohingya bebas niaga, respons Ketua Menteri

Admin
KETUA Menteri

GEORGE TOWN – Status pelarian Rohingya di Pulau Pinang adalah perkara dasar yang wajar dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi berkata demikian semasa Sesi Soal Jawab Lisan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-15 di sini pada 22 November 2023.

“Berdasarkan semakan dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang, dimaklumkan jabatan tersebut merupakan agensi yang terlibat bagi penguatkuasaan terhadap pendatang asing
tanpa izin,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan.

BUKHORI Ghazali

Penjelasan Kon Yeow itu sekali gus menjawab soalan ADUN Pinang Tunggal, Bukhori Ghazali berhubung isu golongan Rohingya yang dikatakan bebas sehingga boleh membuka perniagaan di negeri Pulau Pinang.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ALISSALA THIAN