Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI
SUNGAI ACHEH – Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Sungai Acheh berlangsung penuh meriah dengan kehadiran masyarakat setempat yang berbilang kaum di Pusat Khidmat Masyarakat Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) Sungai Acheh dekat sini.
PPKnya, Mohammad Razak berkata lebih 15 menu istimewa disediakan buat pengunjung yang hadir.
“Alhamdulillah sambutan yang diberikan sangat meriah.
“Memang tidak menang tangan melayani dan menyantuni pengunjung yang hadir,” kata Mohammad sejurus selepas majlis tersebut tamat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Maktar Shapee dan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Amir Md. Ghazali turut hadir dan meluangkan masa menikmati pelbagai juadah dan beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.
Kira-kira 3,000 pengunjung daripada pelbagai latar belakang hadir majlis rumah terbuka Aidilfitri tersebut.