Rumah terbuka Setiausaha KN erat silaturahim penjawat awam PP

MERIAH… Kehadiran kirakira 5,000 tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus di sini baru-baru ini.

Kehadiran Yang di-Pertua Negeri (TYT), Tun Dr. Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff memeriahkan majlis yang diadakan di kediaman rasmi beliau di Jalan York di sini.

Malah, turut memeriahkan adalah kehadiran Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato’ Law Choo Kiang; Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon dan Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy.

Tidak terkecuali, barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli-ahli DUN, Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) serta Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Ketua-ketua jabatan dan para penjawat awam.

Pada majlis tersebut, Farizan bersama isteri, Datin Seri Hamidah Mat Daud ceria menyambut kedatangan tetamu yang tidak putus bertandang. Apa yang pasti, majlis tersebut menjadi medan pertemuan para penjawat awam dari seluruh negeri Pulau Pinang untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim sedia terjalin.