Salam perkenalan dan selamat menjalankan tugas

Admin
whatsapp image 2025 03 04 at 08.55.03 (1)

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat perkenalan daripada Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut baharu, Ismasuhaimi Shariff di sini sebantar tadi.

Antara perkara yang dibincangkan semasa pertemuan sulung itu adalah mengenai hala tuju Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta perkembangan semasa membabitkan pembangunan tanah dan strata di Daerah Timur Laut.

Juga dibangkitkan adalah perkembangan projek-projek infrastuktur termasuk projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara.

Usai pertemuan, Kon Yeow menzahirkan ucapan tahniah kepada Ismasuhaimi atas pelantikan dan selamat memulakan tugas sebagai Pegawai Daerah yang baharu.

Sebagai rekod, Ismasuhaimi mula melapor diri di Tingkat 51, Komtar pada 3 Mac 2025 dan telah bertemu dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada hari sama.

Beliau sebelum ini merupakan Pengurus Besar di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan pernah menabur bakti di Pulau Pinang dan Perlis.

 

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : LIM MIN JUN