Saluran paip pecah, PBAPP nasihat pengguna isi penuh tangki air premis sebelum 8.00 malam ini

img 9110 MENJELANG tengah hari tadi CEO PBAPP, K. Pathmanathan turut turut ke tapak projek pembaikan untuk melihat sendiri keadaan paip pecah di dasar Sungai Perai di sini.

SEBERANG JAYA – Projek kimpalan paip 1,350 milimeter (mm) milik Perbadanan Belakan Air Pulau Pinang (PBAPP) di dasar Sungai Perai yang dilaksanakan sejak dua hari lepas dan siap pada pagi ini pecah kembali kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

img 9118
K. Pathmanathan

Menerusi pelan B, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, K. Pathmanathan memberitahu bahawa pihaknya akan melaksanakan gangguan bekalan air berjadual mulai 8.00 malam hari ini (21 Disember 2023) hingga jam 8.00 pagi esok, yang dijangka menjejaskan 120,000 pengguna sekitar Daerah Barat Daya.

Justeru, beliau menasihati pengguna di sekitar Daerah Barat Daya supaya mengisi penuh semula tangki serta bekas air sebelum jam 8.00 malam ini, sementara bekalan air masih ada bekalan di premis masing-masing.

“Plat dan pengapit empat keping akan dikunci dengan nat dan bolt besar, semua bahagian ini sedang direka khas untuk penggunaan hari ini.

“Kren akan digunakan untuk meletakkan bahagian-bahagian dengan berhati-hati di dalam air (yang mana) penyelam komersil kemudiannya akan meletakkan dan mengunci pengapit di bawah air.

“Operasi pengapit bawah air dijadual bermula pada 8.30 malam hari ini, selepas saluran paip ditutup pada 8.00 malam.

“(Ini kerana,) plat dan pengapit tidak boleh dipasang jika air sedang dipam melalui bahagian saluran paip yang bocor,” jelasnya kepada Buletin Mutiara sambil memberitahu pihaknya akan mengemas kini jadual kapal tangki melalui siaran Facebook.

Di samping itu, beliau memmberitahu bahawa PBAPP menjelaskan bahawa bantuan kecemasan lebih daripada 10 lori tangki air akan dikerahkan untuk menghantar air ke kawasan hujung rangkaian paip agihan (EoL) serta kawasan tanah lebih tinggi petang ini.

img 6917Terdahulu, kita-kira 200,000 pengguna di Pulau Pinang dikatakan berdepan gangguan bekalan air susulan kerja membaiki saluran paip di dasar Sungai Perai yang pecah pada 18 Disember lepas.

Kerja-kerja kimpalan paip pecah tersebut telahpun dilaksanakan sejak dua hari lepas dan siap sepenuhnya pada 10.30 pagi tadi.

Namun, menurut sumber PBAPP, semasa proses mengepam air terawat melalui saluran paip 1,350mm dimulakan pada pagi tadi, ia pecah kembali kira-kira 11.45 pagi.

Pathmanathan turut ke tapak kerja-kerja kimpalan paip tersebut dekat Taman Rekreasi Ampang Jajar, Bagan bagi menyaksikan sendiri kejadian tersebut serta berunding dengan kontraktor yang dilantik berhubung pelaksanaan Pelan B berkaitan.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR