Sama-sama pelihara perpaduan negeri – Rashid

GONG XI FA CAI… Sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon turun padang beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di pasar pagi dekat pekan Kepala Batas, Seberang Perai Utara di sini.

Selain beramah-mesra, buah limau mandarin yang menjadi simbolik acapkali tibanya sambutan Tahun Baru Cina turut diedarkan kepada pengunjung di sini.

“Buah limau mandarin ini, mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua, adalah simbol tuah kerana maksud dalam bahasa Kantonis, ‘kam’ itu emas, sepadan dengan warna limau yang keemasan.Jadi, pemberian limau ini seperti kita memberi jongkong emas kepada orang lain,” ceritanya sambil berseloroh.

Sejumlah 900 biji limau mandarin dieadarkan sepanjang lawatannya ke pasar pagi berkenaan.

Turut sama, Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Bertam, Asrol Sani Abdul Razak dan ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) setempat.

Dalam pada itu, Mohd. Rashid turut berharap dengan kehadiran tahun kambing, masyarakat setempat khususnya, tanpa mengira latar belakang agama mahupun bangsa, untuk sama-sama memelihara perpaduan negeri dan menghormati antara satu sama lain demi kemakmuran semua.} else {