Sambungan – Mohd. Rashid harap jadi ahli pasukan kuat untuk KN

Admin

A B D U L R A H M A N MENTOR SAYA

Di sisi Mohd. Rashid, Saidina Abdul Rahman Auf cukup istimewa.

Abdul Rahman di sisi Mohd. Rashid umpama mentor dalam menggerakkan pelan keusahawanan negeri ini.

“(Dalam) 100 hari ini, saya ada koperasi dan keusahawanan masyarakat…ini berkaitan J K K K (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti) dan di peringkat masjid-masjid.

“Sebenarnya prospeknya sangat baik tetapi tiada aspek material untuk menggerakkannya.

“ Kalau kita mahu menggerakkan gerakan keusahawanan serta koperasi ini, prasarana ke arah itu perlu disediakan terlebih dahulu untuk meyakinkan pihak berwajib bahawa di negeri ini mempunyai prospek tersebut.

“Abdul Rahman bin Auf, dia adalah salah seorang dari 10 sahabat yang dijamin masuk Syurga. Dia, saya anggap macam mentor saya.

“Semasa Yahudi monopoli industri asasi air, Abdul Rahman tengok dan akui yang Yahudi menguasai ekonomi kerana menguasai air yang menjadi keperluan semua orang.

“Abdul Rahman akhirnya negosiasi untuk membayar sejumlah tertentu wang pajakan dan mengumpulkan wang secara koperatif di Makkah.

“Walaupun duit (pajakan) tidak cukup, Yahudi itu setuju dengan tawaran Abdul Rahman, iaitu beliau menguruskan air pada hari genap dan Yahudi itu pada hari yang ganjil.

“Apabila timbul hari ganjil, orang tidak beli. Apabila timbul hari genap, orang beli kerana air murah dan akhirnya dirakyatkan.

“Jadi, koperasi ini penting dalam menghubungkan masyarakat. Dan di sinilah peranan koperasi penting dan perlu digerakkan dengan anak muda melalui pinjaman mikro kredit Islam,” ujar beliau.

MELAYU  DI PUL AU PINANG

Sebagai pemimpin Melayu  nombor satu di Pulau Pinang, Mohd. Rashid mengakui bahawa keputusan PRU13 sedikit banyaknya memberi kesan pada dirinya.

“ Tsunami Cina” yang digembar-gemburkan oleh pembangkang Pulau Pinang wajar didepani secara rasional, kata beliau.

“Kerajaan Negeri ditubuhkan selepas mendapat 68 peratus, ertinya kita (Pakatan Rakyat) menang dari segi elektoral (30 kerusi ADUN) dan undi popular.

“Melayu masih majoriti di Semenanjung dan kita (Pakatan Rakyat) mendapat 53 peratus undi popular. Inilah ‘Tsunami Malaysia’ yang menyaksikan Melayu dan bangsa-bangsa lain melakukan perubahan.

“Sungguhpun begitu, saya bersama-sama rakan-rakan akan terus mencari jalan supaya tapak sokongan Melayu terhadap Kerajaan Negeri semakin kuat bermula sekarang melalui program-program pendidikan serta ekonomi yang dekat dengan (jalur) Melayu di negeri ini,” ujar beliau.

Beliau berkata, kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin yang dikenali pakar dalam bidang penyelidikan ekonomi diharap mampu membantunya memahami cabaran sebenar Melayu di negeri berkenaan.

“Rakyat sama ada Melayu  atau bukan Melayu terus kekal hidup harmoni di Pulau Pinang selepas PRU13, tidak sesiapa pun diusir kerana ‘Tsunami Malaysia’ yang berlaku di negeri ini dan di Malaysia akan terus membela hak semua kaum.

Inilah perkara sebenar yang perlu difahami semua, inilah cabaran sebenar bagi saya (realisasikan),” tegas beliau sambil menolak dakyah perkauman yang diada-adakan pembangkang Pulau Pinang belakangan ini.

HARAPAN

Mohd. Rashid berharap beliau boleh menjadi ahli  pasukan yang kuat untuk Kerajaan Negeri.

“Saya boleh jadi ahli pasukan yang kuat berbekal pengalaman dalam dunia industri perkilangan.

“Dengan kolaborasi ExcoExco berwajib serta kakitangan Kerajaan Negeri yang juga mempunyai kekuatan dan pengalaman yang luas, kita boleh melakukan yang terbaik.

“Secara peribadi, saya berharap saya juga boleh menjadi seorang pemimpin yang berusaha melakukan keadilan untuk semua pihak sebagaimana yang diajar dalam agama saya (iaitu Islam).

“Tuntutan-tuntutan Islam seperti melakukan keadilan, kejujuran, intergriti, kemajuan, kesejahteraan dan keharmonian rakyat boleh terus disemarakkan d i Pulau Pinang kerana Kerajaan Negeri sejak lima tahun lepas pun telah melakukan sesuatu yang selari dengan Islam, iaitu kempen Cekap, Akauntabel, Telus (CAT),” ujar beliau.