Naik taraf Kompleks Makanan Kampung Melayu tingkat kebersihan, keselamatan

img 3911

INISIATIF Kompleks Makanan Kampung Melayu berusia hampir 30 tahun yang bakal dinaik taraf bermula tahun depan disambut baik oleh para pengunjung dan juga peniaga.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Airi Itam, JOSEPH NG SOON SIANG, inisiatif tersebut dipercayai bakal menelan kos RM2.4 juta.

e0281383 bb42 4b6c 823a 9bc3d1206e0c

“Saya jangkakan kerja-kerja naik taraf ini akan mengambil masa selama setahun, sekarang para peniaga giat memindahkan barang-barang untuk ke kawasan parkir pemindahan sementara.

“Astaka baharu akan mengandungi 20 gerai, dan kita akan masukkan sekali peniaga-peniaga tidak sah di kawasan berhampiran astaka,” katanya kepada Buletin Mutiara ketika dihubungi Buletin Mutiara pada 24 Oktober lalu.

Bagi peniaga nasi ayam, NUR LINA BAHKARANG, 50-an, beliau menyambut baik usaha menaik taraf astaka terbabit setelah melihat keadaan sedia kala yang sudah uzur dan tidak selamat.

img 3913

“Boleh tengok pokok yang besar depan ini pun bahaya, kalau ada ribut.

img 3918

“Selain itu kes hilang barang pun pernah jadi, perbuatan khianat dan lain-lain, lepas naik taraf nanti ada pintu, pagar lebih sempurna, jadi barang-barang lebih selamat,” ujarnya kepada wartawan Buletin Mutiara, WATAWA NATAF ZULKIFLI baru-baru ini.

img 3914

Seorang anak tempatan yang cuma ingin dikenali sebagai JAY, 40-an, menyatakan bahawa naik taraf tersebut dapat meningkatkan tahap kebersihan di kompleks makanan tersebut.

Bagi KHAIRUL HALIM, 50-an, berpendapat, sekiranya berwajah baharu, ia mampu menarik lebih ramai pengunjung.

“(Pasar raya) Sunshine pun baru buka, jadi ini satu peluang untuk kawasan ini menerima pelanggan-pelanggan baru yang bekerja di situ,” jelasnya.

img 3915

Peniaga Marhaban Nasi Dalca yang mahu dikenali sebagai MAMU, 60-an, turut menyambut baik naik taraf kompleks makanan terbabit yang  perlu seiring dengan peredaran zaman.

“Astaka yang hampir 30 tahun ini perlu dinaik taraf terutamanya dari segi kebersihan dan keselamatan, baru ia dapat memberi saingan di tempat baharu.

“Cuma mungkin tempat baharu nanti agak kecil sedikit, tapi saya terima dengan reda, tengoklah macam mana nak sesuaikan kelak,” ulasnya.

 

img 3909

“Cuma mungkin tempat baharu nanti agak kecil sedikit, tapi saya terima dengan reda, tengoklah macam mana nak sesuaikan kelak,” katanya.