Sambutan Hari Ulangtahun Raja Thailand penuh bermakna

PENGHORMATAN… Sempena Hari Ulangtahun Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadeh Ke-84, satu acara makan malam khas dianjurkan pihak Kedutaan Thailand di sebuah hotel terkemuka di Persiaran Gurney di sini baru-baru ini.

Acara diketuai Konsulat Jeneral Thailand di Pulau Pinang, Voradet Viravakin, merakamkan ucapan kehormat kepada Yang DiPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’azam Shah.

Acara makan malam yang menghidangkan masakan ala Thai dan tempatan turut diserikan dengan tarian kebudayaan pelajar-pelajar semester satu Fakulti Seni Persembahan, Universiti Thaksin, Songklha, Thailand.

Salah seorang daripada 13 penari tersebut, Chouticha Pawong, 18, menyatakan bahawa ia merupakan kali pertama beliau membuat persembahan berprestij untuk Hari Ulang Tahun Raja Bhumibol. Tarian yang dipersembahkan adalah dikenali sebagai Shachatiee, Thaksina dan Tarian Khong.

Turut hadir, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus, Konsulat Jeneral Jepun, Ryyuji Noda dan pemangku Konsul Besar Indonesia, Sofiana Mufidah.

ABDUL Halim Hussain (depan, dua dari kiri) berjabat tangan dengan dif-dif jemputan pada Majlis Makan Malam Sempena Hari Ulangtahun Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadeh Ke-84 di sini baru-baru ini.
ABDUL Halim Hussain (depan, dua dari kiri) berjabat tangan
dengan dif-dif jemputan pada Majlis Makan Malam Sempena Hari
Ulangtahun Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadeh Ke-84 di sini
baru-baru ini.