Santuni anak-anak yatim sempena Aidilfitri

Admin
MOHD. Yusmadi Mohd. Yusoff (dua dari kiri) menyampaikan buku akaun simpanan Tabung Haji kepada salah seorang anak yatim sambil diperhatikan Asnah Hashim (bertudung) pada Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Menteri di sini baru-baru ini.

SANTUNI… Seramai 30 anak-anak yatim sekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bayan Lepas menerima sumbangan RM200 berbentuk akaun simpanan Tabung Haji.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff sempena Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Menteri di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Pegawai KADUN Bayan Lepas, Asnah Hashim berkata, kita berasa syukur dalam bulan penuh kemuliaan dan kerahmatan ini, kita dapat melakukan ibadah dalam keadaan yang aman dan sempurna.

Walau bagaimanapun, katanya, sebagai manusia, kita tidak seharusnya melupai insan lain yang kurang bernasib baik terutama mereka yang telah kehilangan orang-orang tersayang.

“Menyantuni anak-anak yatim juga adalah sebahagian daripada ibadah.

“Semoga kehadiran Aidilfitri kali ini memberi keriangan kepada anak-anak ini,” kata Asnah.