Sayangi Malaysiaku bersama YB Syerleena Abdul Rashid, ADUN Seri Delima & YB Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor

SEBANYAK 1,000 bendera Malaysia telah diagihkan oleh YB Syerleena Abdul Rashid, ADUN Seri Delima & YB Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor kepada masyarakat di kawasan Seri Delima sempena meraikan Hari Kebangsaan yang ke-61 bagi tahun 2018.

Pengagihan Bendera Malaysia ini adalah untuk menanamkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di KADUN Seri Delima dan bagi menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan yang Ke-61 pada 31 Ogos ini.

Turut hadir bersama bagi menjayakan program ini adalah Puan Vinodini & Tuan Rohaizad selaku Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, En.Shameer Sulaiman, Ketua Pemuda PPBM (Pulau Pinang), dan Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) Island Glades.

Bersama-sama kita raikan Hari Kebangsaan 2018 dengan penuh semangat Sayangi Malaysiaku.