“Sebangsa, Senegara, Sejiwa” – tema Merdeka P. Pinang

Admin
TUAN Yang diPertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas (tiga dari kanan) dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff (tiga dari kiri) menerima kunjungan Ketua Menteri, Y.A.B. Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew (dua dari kiri) serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus (kanan sekali) dan isteri, Datin Hamidah Mat Daud (kiri sekali) pada pagi 1 Syawal di Seri Mutiara di sini baru-baru ini. (Gambar oleh Law Suun Ting).

Oleh : AINUL WARDAH  SOHILLI

GEORGE TOWNKerajaan Negeri sebulat suara mengumumkan tema menyambut Hari Kebangsaan tahun ini ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’, selaras dengan keputusan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Dalam kenyataan media Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata bahawa Kerajaan Negeri menggunakan tema tersebut sekaligus membuktikan bahawa PR sepakat dalam melakukan sesuatu perkara dan bukannya seperti dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan PR wujud ketidaksefahaman dalam parti.

“Pulau Pinang seperti negeri-negeri PR lain sentiasa mendokong semangat setia kawan, sepakat dan menghormati persetujuan secara bersama dan sebulat suara.

“Ini terbukti bahawa tohmahan dan kata-kata ‘enak’ yang menyatakan PR tidak sependapat meleset sama sekali,” kata beliau di sini baru-baru ini.