Selamat menjalankan tugas Bapak Wanton Saragih – Ketua Menteri

2be22976 2967 4585 b677 c6448a09ba01

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima dan mengalu-alukan kedatangan Konsul Jenderal Republik Indonesia Ke Pulau Pinang yang baharu, Wanton Saragih Sidairuk dalam satu kunjungan hormat di pejabatnya di Komtar pagi ini.

 

 

Dalam pertemuan empat mata antara Kon Yeow dan Wanton Saragih, kedua-dua pimpinan itu menyatakan hasrat untuk memperkukuhkan hubungan dua hala antara Pulau Pinang dan Republik Indonesia terutamanya dalam sektor ekonomi, perkhidmatan dan pelancongan.

 

 

“Saya berharap hubungan baik (antara Pulau Pinang dan Republik Indonesia) dapat dipertingkatkan agar memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, baik dari segi ekonomi, pelancongan, perubatan dan sebagainya.

 

 

“Selain polisi antara kerajaan (G to G), saya percaya polisi antara rakyat juga penting dalam meningkatkan hubungan dua hala yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak,” ujar Kon Yeow dalam pertemuan selama kira-kira 30 minit itu.

 

 

 

Wanton Saragih dalam pada itu memaklumkan bahawa terdapat seramai 42,000 rakyat negara itu berada di Pulau Pinang dalam pelbagai sektor tidak termasuk di Kedah dan Perlis.

 

 

Turut hadir, Konsul Ekonomi bagi Konsulat Republik Indonesia ke Pulau Pinang, Kiki Tjahjo  Kusprabowo dan Konsul Consular II, Amita Pramasufi.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI