GEORGE TOWN- Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) dengan Kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dan Persatuan Pemulihan Jantung Pulau Pinang (PHSS) akan menganjurkan kursus cardiopulmonary resuscitation (CPR) dan penggunaan automated external defibrillator (CPR) pada 10 Disember ini.
“Program ini akan berlangsung pada 10 Disember 2023 (Ahad), bermula jam 8 pagi hingga 1 petang di LAVA Mansion, Jalan Sultan Ahmad Shah.
“Seramai 40 orang individu terlatih mengenai CPR dan AED daripada syarikat ZOLL Medical Sdn. Bhd. akan terlibat dalam program ini.
“Sesi latihan adalah sepanjang 45 minit bagi setiap slot yang mana slot akan diaturkan oleh pihak penganjur sebelum dimaklumkan kepada peserta sebelum program tersebut berlangsung.
Hadir sama, Pengurus Besar PYDC, Dr. Gwee Sai Ling; Pengerusi PHSS, Dr. Luah Lean Wah dan Territory Manager, Public Safety ZOLL Medical Malaysia Sdn. Bhd., Sharon Ngu Chiew Hee.
Difahamkan, program tersebut adalah terbuka kepada umum khususnya golongan belia dengan sasaran penyertaan adalah seramai 1,000 orang peserta.
Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan https://forms.gle/3n7zDyGAAqEvmTyK7.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Ong Ching Shi di talian 017-4725953 atau e-mel kepada [email protected].
Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : TANUSHALINI MOROTER