Semarakkan perpaduan, kasih sayang sempena musim perayaan tanpa mengira kaum – Ketua Menteri

b3bb6278 3165 4ac4 b8d3 189b2e2e7f10 KETUA Menteri turut mengambil kesempatan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yanv hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Batu Kawan dan KADUN Bukit Tambun di Habour Lodge, Jeti Batu Musang di sini pada 20 April 2024.

BUKIT TAMBUN – Rumah Terbuka Aidilfitri 2024 Peringkat Parlimen Batu Kawan dan Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bukit Tambun di Habour Lodge dekat Jeti Batu Masang pada tengah hari ini bertambah seri dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak.

c85d56a6 a972 4dd1 969e 73b484d79450
KETUA Menteri dalam ucapannya antara lain menzahirkan penghargaan kepada TYT Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak atas kesudian menghadiri ke Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Batu Kawan dan KADUN Bukit Tambun di sini menjelang tengah hari tadi.

Semasa berucap, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang supaya terus menjunjung semangat perpaduan dan kasih sayang dengan menyambut pelbagai perayaan tanpa mengira latar belakang kaum serta agama.

“Selain janji saya sebagai seorang Ketua Menteri untuk memastikan seluruh rakyat Pulau Pinang hidup dalam keadaan yang selesa, adalah menjadi harapan saya juga supaya negeri ini menjadi contoh terbaik dalam menginspirasikan semangat perpaduan, toleransi, hormat-menghormati dan mengutamakan nilai kekeluargaan sebagaimana digariskan dalam Visi Penang2030,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan di sini.

Di samping itu, Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi turut memberitahu bahawa Pulau Pinang termasuk Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) mempunyai potensi yang besar dalam sektor industri pengeluaran makanan laut.

fac52fa4 97eb 4130 a95f 6083e8ea4c7e
SUASANA kemeriahan pengunjung menikmati pelbagai hidangan raya di Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Batu Kawan dan KADUN Bukit Tambun di sini tadi.
87f2aa34 472b 4de6 bdd1 8602a4928cbe
SEKUMPULAN cilik anak tempatan mempersembahkan tarian boria menyambut kehadiran Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Ketua Menteri dan barisan pemimpin negeri di sini tadi.

Pada tahun lepas, beliau menyatakan bahawa seramai 309 penternak ikan dan udang dari Daerah SPS telah mencatatkan nilai ternakan sebanyak 39,364 metrik tan dengan nilai lebih RM655 juta.

“Saya memuji usaha para nelayan serta pengusaha yang mencari alternatif baharu dalam usaha meningkatkan hasil laut yang mana merupakan salah satu aspek penting dalam menangani isu keterjaminan makanan yang kini menjadi kerisauan hingga peringkat global,” jelasnya sambil memberitahu Kerajaan Negeri melalui Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol sedang berusaha berbincang dengan agensi berkaitan bagi meningkatkan pendapatan nelayan.

Dalam perkembangan lain, Kon Yeow turut memuji ‘pasukan’ ADUN Bukit Bukit Tambun, Goh Choon Aik kerana berjaya memberi nafas baharu kepada kompleks Habour Lodge dekat Jeti Batu Masang milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Beliau berharap prasarana itu dapat dikomersilkan semula sebagai kawasan perniagaan serta sekali gus menambahkan tarikan pelancongan desa ke kawasan sekitar Pulau Aman.

63c4c7dd af8a 4f91 99be ddab2e1aaee7
SEBELUM meninggalkan majlis tadi, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak turut berkenan menyampaikan duit raya kepada sekalian kanak-kanak yang hadir di sini.
78c70be9 fbd4 46af 9f8e d95314377f67
KETUA Menteri (dua dari kiri) bersama-sama barisan pemimpn lain mengiringi Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak (tengah) menikmati pemandangan perairan negeri dari anjung utama Habour Lodge, Jeti Batu Musang di sini.
75570a3f 56af 4624 8a37 80c3a58b6452
TUN Ahmad Fuzi Abdul Razak (kiri) dan Ketua Menteri (kanan) turut menyempurna acara penanaman pokok di Jeti Batu Musang di sini tadi.

Turut berucap, Choon Aik dan hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Amal TYT Pulau Pinang, Dato’ Seri Sr. Rozali Mohamud; Pegawai Daerah bagi Pejabat Daerah dan Tanah Daerah SPS, Khairulnizam Hashim; dan Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Dato’ Azhar Arshad.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI
Video : DARWINA MOHD. DAUD