Separuh hasil jualan lukisan diberi kepada Sekolah Sinar Harapan

cc7e9969 6c23 4c70 8f63 44c01ef78e0d

PADANG KOTA – Para peminat karya seni lukis masih sempat untuk berkunjung ke Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang bagi menyaksikan pameran solo Dato’ Seri Ar. Rosli Jaafar yang juga mantan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Pameran bertemakan ‘Menyingkap Persona Asli Pulau Pinang’ itu sudah berlangsung sejak 5 Ogos hingga 25 Ogos ini, jam 9 pagi hingga 5 petang, tutup pada hari Jumaat dan cuti umum.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE), Wong Hon Wai berkata, jika dihayati, orang ramai akan melihat gaya lukisan beliau menggutamakan landskap dan warisan Pulau Pinang.

“Pameran ini merupakan pameran solo beliau yang kedua dengan menyerlahkan tema menyingkap tema ‘Menyingkap Persona Asli Pulau Pinang’ untuk menggambarkan aspek budaya, sejarah dan keindahan Pulau Pinang.

“Sebanyak 45 karya baharu dipamerkan, yang mana setiap satunya menawarkan sudut perspektif dan ekspresi seni menarik menurut interpretasi  beliau sendiri.

“Selain itu, 50 peratus dana daripada hasil penjualan lukisan dalam pameran ini akan disumbangkan kepada Sekolah Sinar Harapan, Bukit Mertajam,” ujar Hon Wai ketika berucap merasmikan Pameran Rosli Jaafar: Menyingkap Persona Asli Pulau Pinang dekat Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang, Dewan Sri Pinang di sini petang tadi.

85374ac6 39c1 4515 8e94 8edb456c0323

 

Hadir sama, Pengarah Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang, Haryany Mohamad; Naib Pengerusi Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang, Koay Soo Kau dan tetamu-tetamu kehormat lain.

Difahamkan Rosli mempunyai minat mendalam terhadap seni lukis dan belajar sendiri dan dimulai sebagai honi di waktu lapang.

Meskipun tanpa latihan formal dalam seni halus, karyanya mengikut prinsip-prinsip reka bentuk dengan kukuh dan perspektif  yang sempurna.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ALISSALA THIAN