Serlahkan potensi Sungai Acheh dalam pelbagai sektor, saran Exco

Admin
133953ea ab1c 489b bf15 97d5f739e47f

SUNGAI ACHEH – Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Sungai Acheh mempunyai potensi yang mampu diserlahkan lagi baik dari segi sektor ekonomi, industri ekopelancongan mahupun lain-lain industri.

 

Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar, Rashidi Zinol berkata, pihaknya berharap dengan sokongan dana daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan ia mampu menyerlahkan lagi potensi yang ada di Sungai Acheh melalui pelbagai bentuk pembangunan.

 

 

“Jadi hari ini saya membawa wakil-wakil jabatan berkaitan seperti Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN) Pulau Pinang,Jabatan Perikanan, Jabatan Perhilitan, Jabatan Perhutanan, Kementerian Pelancongan dan lain-lain lagi bagi menunjukkan potensi-potensi yang terdapat di Sungai Acheh ini.

 

 

“Salah satu contoh adalah kita hendak wujudkan jeti terapung di Jeti Haji Ibrahim Sungai Acheh ini supaya memberi nilai tambah di samping mewujudkan kemudahan kepada peniaga-peniaga berhampiran jeti agar lebih selesa serta mampu menarik pengunjung ke sini,” ujar Rashidi dalam satu sidang media sejurus membawa wartawan dan jurugambar Buletin Mutiara menelusuri kawasan laut dan Sungai Kerian dekat Sungai Acheh di sini baru-baru ini.

 

df2b9d6b 95ee 47c4 b493 1cef656cdbe4

 

Atas sebab itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh turut menzahirkan hasrat memperluaskan kawasan riadah setempat, namun katanya perlu dilakukan dengan berhati-hati ekoran ia berada hampir dengan kawasan hutan yang digazetkan.

 

 

 

Selain kawasan riadah, Sungai Acheh juga dilihat sebagai lokasi strategik pelaksanaan kelong ikan, habitat udang sungai, habitat burung, potensi ekonomi melibatkan hidupan laut dan lain-lain lagi.

 

 

 

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD